16.10.2012, Selasa - Kemangkatan Bekas Raja Kambodia Preah Karuna Preah Bat Sâmdech Preah Norodom Sihanouk Preahmâhaviraksat atau lebih dikenali dengan panggilan Putera Norodom Sihanouk hari ini dalam usia 89 tahun akibat serangan jantung di Beijing merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada rakyat Kambodia tetapi diseluruh dunia. Syah berasa sedih dengan berita yang mendukacitakan ini tetapi kita harus menerimanya kerana itu sudah suratan takdir, yang hidup pasti akan mati. Pada tahun 2004, mendiang telah turun dari tahta Kemboja atas alasan faktor usia yang lanjut dan keadaan kesihatan yang tidak memuaskan dan memberi laluan kepada puteranya sebagai Raja Kemboja yang baru.
Mendiang diputerakan pada 31.10.1922 di Phnom Penh dan merupakan putera kepada Norodom Suramart dan Sisowath Kossamak. Mending mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Phnom Penh dan pendidikan menengah di Saigon atau sekarang dipanggil Bandar Ho Chi Minh sebelum melanjutkan pelajaran di sekolah tentera di Samur, Perancis. Mendiang pernah mendapat pengiktirafan "Guinness Book of Record" sebagai ahli politik yang menjawat pelbagai jawatan politik. Mendiang dilantik sebagai Raja Kambodia pada 23.04.1941 sewaktu berusia 18 tahun selepasa kemangkatan datuk sebelah bonda mendiang, His Majesty King Sisowath Monivong. Ada menyatakan perlantikan mendiang sebagai raja adalah atas pengaruh pihak Perancis yang menjajah Kembodia ketika itu.
Pada 02.03.1955, mendiang telah turun tahta bagi memberi laluan kepada ayahandanya menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri selepas kemerdekaan Kambodia dan selepas kemangkatan ayahandanya, mendiang dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi tidak menggunakan gelaran Raja. Pada 1970, ketika mendiang berada di luar negara, mendiang telah disingkirkan dari jawatannya dan hidup dalam buangan di Beijing. Pada 1975, mendiang menjadi ketua negara sementara Pol Pot. Selepas hidup selama 13 tahun dalam buangan akhirnya mendiang kembali semula ke Kambodia pada 1991 dan pada 1993 mendiang dilantik semula sebagai Raja Kambodia. Pada 2004 sekali lagi mendiang turun tahta disebabkan masalah kesihatan dan faktor usia.
Mendiang berminat dalam bidang perfileman serta musik dan telah mengarah banyak filem dan mengubah muzik. Mendiang merupakan salah seorang ketua negara yang mempunyai laman sesawangnya sendiri dan mendapat perhatian umum dengan lebih daripada seribu pelawat sehari.Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini Mendiang Putera Norodom Sihanouk banyak menghabiskan masanya di Negara China untuk mengubati pelbagai penyakit yang dialaminya seperti kanser, kencing manis dan tekanan darah tinggi . Hubungan mendiang dengan China memang akrab semenjak dari dahulu lagi dan menganggap China sebagai rumah keduanya. Mendiang mempunyai hubungan yang baik dengan Moa Zedong dan Zhou Enlai.
Raja Kemboja His Majesty King Norodom Sihamoni dan Perdana Menteri Hun Sen telah berangkat ke Beijing untuk mengeringi kererangkatan pulang jenazah mendiang. Jenazah dijangka tiba di pada hari Rabu dan akan diletakkan untuk penghormatan terakhir selama tiga bulan di dalam Istana Diraja sebelum istiadat permakaman dilaksanakan mengikut adat-istiadat Diraja Kambodia. Masa tiga bulan yang diberikan adalah untuk memastikan agar rakyat Kambodia dapat melihat raja mereka buat kali terakhir. Dianggarkan 100,000 orang akan menziarah dan memberi penghormata terakhir kepada mendiang. Semasa di China, baginda sentiasa ditemani oleh permaisurinya Princess Monique atau Queen Mother of Cambodia yang mempunyai darah campuran Perancis dan kambodia serta Pembantu Peribadi mendiang yang setia semenjak dari dulu lagi iaitu Putera isowath Thomico. Mendiang Meninggalkan empatbelas orang cahayamata.
No comments:
Post a Comment