Wednesday, October 24, 2012

Selamat Pengantin Baru Crown Prince Guillaume dan Countess Stephaine

24.10.2012, Selasa - Tahniah diucapkan kepada pewaris tahta pertama Luxembourg, Crown Prince Guillaume yang melangsungkan perkahwinannya dengan Belgian Countess Stephaine de Lannoy di Catherdal of our Lady of Luxembourg pada Sabtu lepas 20.10.2012. Majlis ini dihadiri oleh jemputan khas yang terdiri daripada kerabat-kerabat Diraja dan para kenamaan dari seluruh dunia terutamanya dari Eropah. Pengantin perempuan keihatan anggun dengan busana pengantin dari Eli Saab yang digayakan dengan "train" sepanjang empat meter atau 13 kaki dengan tudung sutera tulle dengan hiasan bermotif bunga perak. Para hadirin bertafakur seketika sebagai menghormati kemangkatan bonda Stephanie de Lannoy pengantin perempuan iaitu Countess Alix de Lannoy pada Ogos lepas.

Majlis Perkahwinan yang diraikan selama dua hari ini menelan kos sebanyak 500,000 euros termasuk konsert percuma, persembahan jalanan dan pertunjukan bunga api untuk warga Luxembourge. Prince Guillaume berusia 30 tahun dan Stephanie de Lannoy berusia 28 tahun merupakan pasangan popular di negara masing-masing dan baru-baru ini dilihat di London menyaksikan sukan Olimpik 2012 yang berlangsung pada July dan Ogos lepas. Prince Guillaume merupakan Leftenan Kolonel Pasukan Tentera Luxembourg dan terlibat dalam kerja-kerja kemanusiaan di negara-negara luar termasuk Nepal. Stephanie de Lannoy pula berminat bermain piano dan biola, berenang, ski dan gemar membaca dan menyatakan beliau membaca tiga buah buku sekaligus.

Stephanie de Lannoy boleh berbahasa Perancis dan Jerman tetapi tidak boleh mengusai bahasa Luxembourg yang dipanggil Luxembourgish dan beliau sedang berusaha untuk mengusai bahasa berkenaan.  Beliau juga dikatakan akan melepaskan kerakyataan Belgium beliau bagi membolehkannya menggunakan gelaran Grand Duchess of Luxembourg .

Luxembourg merupakan sebuah negara kecil tetapi kaya serta makmur walaupun masalah ekonomi melanda Eropah sekarang ini.  Luxembourg pernah dikuasai oleh Sepanyol, Perancis dan Austria serta mencapai kemerdekaan dari Belanda pada 1839 tetapi kehilangan setengah dari wilayahnya kepada Belgium. Negara ini juga merupakan pusat kewangan penting dan merupakan pengeluar keluli terbesar didunia.  Luxembourg merupakan negara kedua didunia yang mempunyai produk tertinggi dalam negara kasar per kapita lebih daripada £ 50,000.  Penduduknya berjumlah 510,000 orang dan di ibu negaranya sahaja mempunyai 80,000 penduduk dengan 120,000 peluang pekerjaan. Sebab itulah 43% penduduk Luxembourg merupakan warga asing.

Sumber :- Mail Online

1 comment:

Anonymous said...

hebat la encik blogger ni.. tq update :)