Tuesday, July 6, 2010

VC - 06.07.2010

Malam tadi Syah balik ke Rawang Residence. Syah nampak ada barang yang Syah pesan dari Sarawak di Ruang tamu, means Azrin hantar lah tu. Thanks............ Tak nampak AEL, mungkin dia dibawa outstation ke Pahang atau stay di rumah kawannya Arep di Shah Alam atau mungkin dah pindah terus stay together ngan Arep, itu Syah tak tau .................... sebab dia pun bukannya ambil tahu hal Syah buat apa Syah nak abil tahu hal dia kan?. Walaupun dimana dia berada hopefully dia Selamat, tu jer yang Syah boleh katakan dan doakan selepas solat lima waktu. Di Rawang Residence sempatlah kemas rumah sedikit, online dengan kawan-kawan dan Cam to Cam dengan my Sister, Kak Ella dan sharing pic masa kahwin anak Abang Yusuf (saudara Syah) di Port Dickson last week. Syah tak dapat pergi. Syah menonton TV sambil baring dan terus terlelap di bilik menonton hingga pagi.
Shukur Alhamdulillah, jam 05:00am terbangun sendiri dari tidur walaupun malam tadi terlupa set alarm kat handphone, jika tidak alamat lambatlah sampai office. mandi, solat dan bersiap apa yang patut, Syah keluar rumah jam 06:20am dan tunggu bas ditepi jalan. Sambil tunggu bas, Syah minum Jusmate 5 - Dr Rozmey menggantikan breakfast. Bas nie dipandu oleh sepasang suami isteri. Suaminya memandu dan isterinya jadi konduktor. Dulu ada Seorang uncle berbangsa India bawa bas nie, suka bergaduh dengan orang tapi dia baik sebenarnya. Dulu jam 06:00am dia sudah sampai tapi sekarang dengan pemandu baru 06:30am baru bas sampai. Inilah rupanya bas mini yang wajib Syah naik untuk ke Rawang Residence dari Pekan Rawang.


Sampai di office, Syah naik tangga dari aras G ke aras 14 sebagai exercise untuk hari ini. Sampai jam lebih kurang 08:25am dan bacaan doa sedang berkemundang diudara. Office Syah setiap pagi ada bacaan doa secara voicecast keseluruh bangunan Menara TM. Jam 09:00am pula Syah dan kawan-kawan kena hadir sessi video conference atau conference call yang dipengerusikan oleh Dr. Zainal Abu Zarim, our big boss. Program ini diadakan sebulan sekali untuk bahagian dibawah pengawasan Dr. Zainal di seluruh negeri. Masa inilah Dr akan menyampaikan message kepada semua anggotanya disamping mendapatkan feedback mengenai isu semasa yang berlaku dikawasan-kawasan tertentu seluruh Malaysia. Program tamat selepas sessi soaljawab lebih kurang satu jam sahaja.

No comments: