Sunday, July 11, 2010

Pasar Tani Setapak Indah - 11,07.2010

Setiap hari Ahad, ada pasar tani di area KL Residence Syah di Taman Setapak Indah. Pasar nie beroperasi awal pagi hingga waktu tengahari. Pasar nie memang famouse, apa sahaja semuanya ada dari sayur-sayur segar, buah-buahan, makanan laut, ayam, daging, kuih muih moden dan tradisional, ubat-ubatan tradisional dan tidak ketinggalam surat khabar juga dijual disini. Hari Ahad memang full house pagi-pagi di area nie. Kawasan ini juga waktu malamnya dijadikan pasar uptown Setapak kecuali hari Khamis malam Jumaat mereka semua bercuti berniaga. Tak lama lagi tempat nie mesti sesak terutama musim bulan puasa orang datang membeli keperluan hari raya aidilfitri. Kereta mesti parking sepanjang jalan hingga ke KL Residence Syah. Kalau anda hendak datang ke uptown Setapak dan Pasar Tani datanglah ke Taman Setapak Indah nie. Memang best........ Semua Ada dan Segar-Segar Belaka.

Beginilah keadaan Pasar Tani yang penuh sesak dengan pengunjung yang mengambil kesempatan membeli keperluan dapur mereka untuk stock seminggu.
Dipasar tani tadi Syah belikan putu piring untuk Cd. Syah dan Muss tak boleh makan kuih nie kerana on diet. Syah beli sayur-sayur tadi - Bracoli, Kobis Bunga, Tahu, Lengkuas, Halia, Daun Kunyit dan Serai. Masa beli daun kunyit harganya RM0.50 dan Syah berikan duit RM1.00 dan budak tu tanya Syah Bang harganya RM0.50 jer dan Syah kata yer tau dan dia inform nak tukar dengan duit RM50.00 ker dan Syah ambil semula duit tu dan kata sorry coz Syah ingat RM1.00 tadi. Mungkin warna duit RM50.00 tu buat Syah confuse dengan RM1. So you all hati-hati tau ........ untung budak tu inform kalau dia diamkan jer naya lesap RM50.00. Teringat pula masa Syah pulangkan duit RM40.00 pada kakak di food court office Syah kerana dia tersilap bagi ballance dan sekarang Tuhan balas pula perbuatan baik kita tu. Kannnnnnn........ Untuk Muss Syah buatkan dia Fruit Salad - Salad, apple hijau dan grape campur Mayo. Sebelum ke Pasar Tani tadi, Syah minum JM5 dan berjogging sekejap sampai ke Pasar Tani. Untuk lunch hari ini mungkin Syah makan ballance sup sayur basah semalam yang Syah simpan dalam peti sejuk.Nak buang membazir pula.

1 comment:

shah said...

Forest Heights Downtown SEREMBAN, akan dibuka pada awal RAMADHAN ini..........

HARGA PROMOSI SEBELUM PELANCARAN ADALAH RM 600, (KHEMAH 10'X10' SIPDER)....
HARGA INI TERHAD KEPADA 100 TAPAK SAHAJA YANG PERTAMA DAN TERWAL!!!!!
HARGA TETAP ADALAH RM 700, DAN AKAN DIKEKALKAN SELEPAS PELANCARAN........

CEPAT!!!!! SEWA TAPAK ADALAH TERHAD....
REBUTLAH PELUANG INI............
CLIK KAT SINI UTNTUK INFO… http://arif4316.blogspot.com/
CALL JIKA BERMINAT…012 602 1776--MAT