Petang nie ingat nak jogging tapi kaki still sakit sedikit dan Syah teruskan exercise dengan berjalan kaki dari Kl Residence di Setapak Indah Syah ke Wangsa Maju. Lari-lari anak sedikit. Hujan rintik-rintik dan Syah terus ke JJ Wangsa Maju. Jalan-jalan dan singah ke Watsons beli kapas muka berharga RM 9.90 guna credit card coz mereka infom credit card tak ada limit. Jam 06:45 Syah cari tempat duduk untuk dinner. Syah bawa bekal green apple dari rumah dan makan kat situ.
Masa jalan-jalan, Syah lihat ada penimbang berat tapi kena masuk RM0.20 x 2 dalam mesin berkenaan tapi tak jadi timbang coz duit siling tak ada. Jalan kedepan sedikit tengok ada mesin yang lain boleh timbang, kira tinggi dan boleh periksa blood presure sekali. Cajnya RM1.00, Hemmmmmmmm bolehlah labu ............. terus Syah tanggal kasut dan keluarkan semua kunci, kad LRT dan dompet. Syah mula gunakan JM5 pada 19.06.2010 dan hari ini 04.07.2010 bermakna sudah 16 hari Syah mengambil JM5 dengan mengikut diet yang disyorkan oleh Datuk Dr Rozmey. Enam hari selepas mengambil JM5 berat Syah turun 4kg dan setelah 16 hari berat Syah hari ini 72.2kg dari 79kg bermakna turun 6.8kg. Shukur alhamdulillah dan Syah akan berusaha dengan semangat yang ada untuk mencapai berat badan ideal dalam waktu terdekat. Doakanlah yer kawan-kawan semua. Anda semua boleh baca hasil pemeriksaan mesin berkenaan seperti imej diatas tapi tarikh di mesin tu lewat sehari, tak tau nape, silap set kot?
No comments:
Post a Comment