Saturday, July 24, 2010

Kecoh Lagi Hal Sultan Kelantan - 24.07.2010

Ini adalah suntingan Entry Syah pada 23.07.2010 bertajuk Sultan Kelantan Selamat Pulang ke Kota Baharu.

  • Kosmo melaporkan Pakar Perubatan Al-Sultan Kelantan, Kolonel Dr. Amir Ramli menasihatkan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan akhbar mengenai tahap kesihatan Sultan Kelantan. Beliau mendakwa arahan ini adalah titah Tuanku kepada beliau semasa di singapura. Beliau juga memaklumkan Datuk Halim bukanlah seorang doktor dan ada sesetengah kenyataanya melanggari Etika Perubatan Pesakit dan mengaibkan Al-Sultan Kelantan dan kerabat baginda.
Semalam Datuk Abdul Halim Hamad selaku Pengelola Istana DiRaja telah membuat kenyataan akhbar berhubung isu ini. Syah terbaca dalam Berita Harian hari ini. Dalam sidang akhbarnya itu beliau memaklumkan bahawa :-

  • Doktor peribadi Al-Sultan Kelantan tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan kepada pegawai-pegawai yang bertugas di Pejabat Sultan Kelantan kerana beliau tidak pernah dilantik oleh ATM untuk bertugas di Pejabat Sultan Kelantan.
  • Tindakan Kolonel Dr. Amir Ramli ini sebenarnya boleh mengelirukan rakyaat. Beliau tidak berhak untuk membuat sebarang teguran melalui media dan memberi arahan kepada pegawai yang bukan dibawah kawalan beliau.
  • Nasihat Datuk Halim kepada Dr Amir ............orang luar jangan kacau daun, negara kita ada undang-undang. Maksudnya disini buat sahajalah kerja sendiri dan biarlah orang yang disahkan disisi undang-undang sahaja menjalankan tugasnya.
  • Al-Sultan Kelantan telah melantik secara sah Datuk Halim sebagai Pengelola Istana DiRaja untuk menjaga pentadbiran istana dan menjunjung titah Tuanku sama ada melalui lisan atau bertulis. Beliau memaklumkan segala tindakan yang dilakukan harus berpandukan kepada titah Sultan Kelantan sebelum baginda gering dan hendaklah berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa. Sebelum baginda gering, baginda sering memaklumkan kepada Datuk Halim mengenai cara bertugas di Istana. Sehubungan dengan itu beliau tahu apa yang perlu dibuat.
Berdasarkan lapuran akhbar selama ini boleh dikatakan banyak perkara yang tidak betul berlaku di Istana Kelantan. Sebab itulah Pemangku Raja Kelantan ada mengeluarkan arahan supaya masyarakat hanya menggunapakai kenyataan dari sumber yang sah sahaja iaitu kenyataan dari baginda sendiri dan Pejabat Sultan Kelantan dan bukannya dari sumber-sumber yang tidak rasmi. Kerabat Diraja Kelantan semakin glamour sekarang ini, dulu orang tak ambil kisahpun tentang mereka. Bermula dari Kes Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Fakhry didakwa mendera isteri Indonesianya, Al-Sultan Kelantan Gering dan digantikan oleh Pemangku Raja Kelantan, Pengakuan Isteri kedua Al-Sultan Kelantan, Kisah Isteri kedua Al-Sultan Kelantan yang menuntut haknya yang dinafikan oleh pihak-pihak tertentu, Penguguran Tengku Fakhry dari senarai waris tahta, Rombakan dan perlantikan baru Majlis Perajaan Negeri Kelantan, Penahanan Al-Sultan Kelantan dari dihantar ke Singapura dan pertikaman lidah pihak Pejabat Istana Kelantan dan orang yang rapat dengan Al-Sultan Kelantan sehingga ada pihak-pihak tertentu mengeluarkan kenyataan berdasarkan TITAH TUANKU yang belum tentu kebenarannya terutamanya isu Al-Sultan Kelantan menceraikan Cik Puan Elia Suhana yang masih lagi belum selesai kesnya di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan. Sebab itulah Nik Aziz kata ini sebenarnya merupakan ISU KELUARGA ...........................

No comments: