Semalam Muss dan Cd pagi-pagi lagi sudah keluar rumah kerana ada function dan Syah sorang-sorang dirumah. Lebih kurang jam 10:00pm baru mereka balik rumah. Lunch semalam Syah nak buat sup sayur dan tetiba ada nampak soohon (macam bihun tu) dan Syah campurkan sekali. Apabila dicampur kuah sup tadi meresap dalam soohon tu dan jadi macam basah-basah jer rupanya tak ada berkuah sangat. So hentam saja lah Labu.............janji makan sup sayur. Dalam sup nie Syah letakkan kobis bunga, carrot, bracoli dan kentang. Syah tak tumis bahan asasnya seperti bawang, kulit kayu manis dan bunga cengkeh dan halia tapi Syah masukkan sahaja dalam air dan biarkan mendidih dan masukkan sup bunjut dan sayur-sayur tadi. Mana-mana sayur yang keras dia masuk deulu. Hehheheheh.......Petang semalam Syah merayau di KLCC sekejap. So sebelum pergi Syah sediakan dinner. Dinner hari in Green Apple dan Anggur (anggur Muss punya.hehehheheh). Syah potong kecil-kecil dan masukkan dalam food container dan bawa ke KLCC. Hampir jam 06:45 Syah makan fruit nie sambil jalan-jalan di KLCC. Ingat nak makan meehon sup tapi tahan jer lah selera tu. Next timelah. Masa balik Syah jalan kaki dari Stesyen Melati dan hujan baru turun rintik-rintik. Waktu tu dah nak masuk solat Insyak. Sampai jer separuh jalan (kawasan flat) hujan turun mencurah-curah. Berhenti sekejap di flat tu tapi fikir semula dah alang-alang basah biar Syah jalan terus jer sampai KL Residence. Sampai di KL Residence, uncle security tu senyum jer tengok Syah jalan dalam hujan. Sampai rumah kepala pening kena air hujan dan Syah terus mandi, solat dan menonton TV sambil mentenet.
No comments:
Post a Comment