Thursday, July 1, 2010

Fatin Kahwin - 01.07.2010

Akhirnya kahwin juga Si Fatin nie. Fatin Farhana binti Mohd Azemi atau we all panggil Fatin sahaja bekerja satu office dengan Syah. Fatin bertugas sebagai Executive di Competency and Development Plan (Technical) manakala bakal suaminya bernama Nor Azhar Azlan, seorang usahawan yang berasal dari Beranang, Selangor. Majlis Perkahwinan Fatin agak unik kerana ianya dilangsungkan sekali dengan adik lelakinya Syafiq. Ianya menjadi semakin unik apabila majlis resepsi disebelah lelaki yang akan diadakan di Hotel Istana Kuala Lumpur pada bulan Oktober 2010 dengan menampilkan tiga pasang pengantin sekali iaitu adik-adik Azhar. Mungkin boleh dimasukkan dalam Malaysian Guiness Book of Record. Memang jarang-jarang berlaku, kebiasannya bersanding lebih dari satu berlaku samasa di sebelah lelaki atau perempuan sahaja tetapi ini kedua-dua belah pihak.

Jika diizinkan Tuhan we all akan ke Terengganu untuk majis resepsi yang akan berlangsung pada hari Sabtu, 24 Julai 2010 bersamaan 12 Syaaban 1431H. Fatin buat kenduri dikediaman ayahnya di alamat No. 872, Jalan Pantai, Batu Burok, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu. Majlis akad nikah akan diadakan pada pagi berkenaan dan selepas itu mereka akan bersanding dan mengadakan sessi photography. Majlis ini hanya untuk kaum keluarga sahaja. Manakala untuk para jemputan, majlis akan bermula dari jam 12.00 tengahari hingga jam 6.00petang. Majlis akad nikah adiknya pula akan diadakan seminggu lebih awal iaitu pada 17.07.2010. Syah, Abang Razak, Kak Hasmah, Kak Lili dan Ruzauddin akan ke Terengganu menaiki kereta Toyota Awanza Abang Razak dan kongsi minyak & tol. INSYALLAH.
Gambar ini diambil sewaktu Syah dan kawan-kawan bertandang ke kediaman Fatin di Pantai Batuk Buruk, Kuala Terengganu pada 10.12.2009. Fatin dan Family jemput we all untuk breakfast. Syah sempat berkongsi cerita mengenai kerabat DiRaja Terengganu dengan ayah Fatin yang ada pertalian persaudaraan dengan Tuanku Mizan. Syah yang tangkap gambar nie. Fatin yang bertudung light purple.
Kepada Fatin & Azhar dan Shafiq & Niza
Syah Akan Sentiasa Mendoakan Agar Ikatan Perkahwinan Kalian
Berkekalan Hingga Ke Akhir Hayat dan DiKurniakan
Putera dan Puteri Yang Akan Membanggakan
Bangsa dan Negara
AMIN.

No comments: