Monday, July 19, 2010

Polis Tiada Kuasa Tahan "Sultan Melaka" - 19.03.2010

Raja Nor Jan Shah bin Raja Tuah Shah yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka ke 44 dengan gelaran D.Y.M.M. Tuanku Raja Nor Jan Shah ibni Al-Marhum Y.A.M. Raja Tuah Shah, Raja Kesultanan Melaka Daru Islam muncul semula setelah sekian lama menyepikan diri daripada sebarang kontroversi. Walau bagaimanapun baru-baru ini "baginda" mencul semula dalam satu majlis perasmian sebuah bangunan syarikat hartanah global di Bandar Puteri, Puchong, Selangor Darul Ehsan. Disamping merasmikan bangunan tersebut "baginda" juga telah mencemar duli menganugerahkan bintang darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri Paduka Mahkota kepada Pengarah syarikat berkenaan. Supritenden Abd Razak Elias, Ketua Polis Daerah Serdang dalam kenyataannya akhbarnya memaklumkan bahawa pihak polis tidak mempunyai bidangkuasa untuk mengambil tindakan terhadap gelaran DiRaja yang digunakan oleh "baginda". Tindakan sepatutnya diambil oleh badan lain yang mempunyai hubung kait dengan hal ehwal diraja dan bagi Syah yang paling tepat adalah Majlis Raja-Raja.

Sultan Melaka ke 44 bersama salah seorang prmaisurinya , Cik Puan Muda Datin Puteri Zaidatul Mardiah binti Syed Yusuff Ahmad.

Walau bagaimanapun pihak polis tetap akan mengambil kenyataan "baginda" dalam waktu terdekat ini berhubung penggunaan nama "baginda" pada kenderaan Rolls Royce menggunakan plate pendaftaran D.Y.M.M Raja Nor Jan Shah ibni Al-Marhum Raja Tuah Shah, Raja Kesultanan Melaka Darul Islam. Sebenarnya mengikut rekod polis, kereta berkenaan belum didaftarkan lagi dengan JPJ dan dipandu diatas jalan raya. Kesalahan "baginda" adalah menggunakan plate nama dan cukai jalan palsu pada kereta Rolls Royce yang dianggarkan bernilai RM2.85 Juta itu.

2 comments:

Unknown said...

APa la Korang Ni, Tak Tau CeriTa Main HemBos Je..Lain Kali Kaji DUlu Sejarah Jgn Ckp Main Sedap MulOt je...Kalau Org Sejarah Baca APa yg Korang Tulis ni Buat Malu je..

korang kena tau, sultan melaka ade 2 org anak, sorang ditabalkan sebagai sultan melaka, sorang lagi bawa diri pergi ke perak dan ditabalkan sebagai raja at perak..masalah berlaku bila terjadinye perebutan tahkta dekat perak, kesannya waris sultan melaka ni melarikan diri.

keturunan sultan perak yang ada sekarang ni la yang merebut takhta tu, tapi semua tu diiktiraf sebb memang dari dulu berlaku perebutan takhta mcm ni..

balik semula pada anak sultan yg ditabalkan sebagai sultan melaka,sultan melaka ni waris2 nye telah pergi kejohor sbb Portugis, sampai la waris ni membuka johor, sampai kemangkatan sultan mahmud mangkat dijulang dijohor..dan seterusnya digantikan dengan bendahara johor dan seterusnya smpai sekarang keturunan temenggong johor...

jadi waris sultan melaka yang berhijrah dan membuka negeri johor telah tamat, tapi waris sultan melaka yang membuka negeri perak sampai sekarang ada lagi sbb waris sultan tersebut telah melarikan diri...

sekarang yg nk menjadikan beliau layak atau tidak jadi sultan melaka hanyalah dengan membuktikan bahawa beliau merupakan waris sultan melaka yang membuka negeri perak dan melarikan diri selepas perampasan kuasa..itu je.

sekarang beliau telah membuktikan bahawa beliau mg waris sultan perak tu, selepas diakui di mahkamah antarabangsa...jadi keputusan terletak pada Majlis Raja-raja..

please pada mereka yang x tau sejarah tlg kaji dulu.,.kaji bukan dengan amek tulisan dr blog2..tapi dari buku2 atau sumber2 yang dipercayai, mcm sulalatus salatin, merong mahawangsa, hikayat melayu..ni semua boleh dikategorikan sebagai sumber pertama, kalau nk mudah boleh carila buku2 sumber kedua yang ditulis oleh sejarawan malaysia...

Anonymous said...

http://orangduabelas.wordpress.com/2011/04/09/nor-jan-the-liar/