Saturday, July 31, 2010

Raja Mohammad Mangkat - 31.07.2010

Al-Fatihah buat Almarhum Datuk Raja Mohammad bin Raja Ismail yang mangkat pada 29.07.2010 dalam usia 60 tahun kerana kemalangan jalanraya. Almarhum adalah salah seorang kerabat diraja Kelantan dan juga merupakan seorang ahli perniagaan. Kejadian berlaku lebih kurang jam 08:45 malam di kilometer 30.3 Lebuh Raya Elite berhampiran susur keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Al-Marhum sebenarnya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) bersama seorang rakan, Abu Bakar Ismail (43 tahun) dan anak saudaranya bernama Puteri Marini Arief (26 tahun) yang hendak pulang ke Kota Baharu, Kelantan. Apabila sampai ditempat kejadian kereta Volvo yang dipandu oleh Almarhum dilanggar dari belakang oleh sebuah lori Simen yang dalam perjalanan pulang ke Segamat, Johor selepas menghantar simen ke Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang. Menurut pemandu dan kelindan lori, Shamsuddin Pairin (43 tahun) dan Hamzha Mohd Desa (40 tahun) kereta Almarhum tiba-tiba berhenti dan mengundur menyebabkan mereka tidak sempat berbuat apa-apa dan melanggarnya dari belakang dan kereta berkenaan diheret lebih kurang 20 meter sebelum ianya terbakar secara tiba-tiba. Mereka telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamakan kesemua mangsa, walau bagaimanapun mereka hanya sempat mengeluarkan dua orang sahaja melalui tingkap yang pecah manakala Almarhum yang tersepit didalam kereta tidak dapat dikeluarkan dan api semakin marak waktu itu menyebabkan Almarhum terbakar 100% bersama-sama kenderaannya. Jenazah Almarhum telah dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat manakala mangsa lain hanya cedera ringan dan telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Putrajaya. Shamsuddin dan Hamzah tidak mendapat sebarang kecederaan. Seramai 30 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, Cyberjaya Putrajaya telah bertindak pantas memadamkan kebakaran, walau bagaimanapun Alamarhum tidak dapat diselamatkan kerana takdir menentukan segalanya.


Makluman kemangkatan dan ucapan takziah dalam Facebook Kerabat D'Raja Kelantan untuk Almarhum Raja Mohammad Raja Ismail.
  • Al Fatihah buat Almarhum Raja Mohammad Raja Ismail, Semuga Roh Almarhum ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh. AMIN.

No comments: