Tuesday, July 13, 2010

Isu Keturunan Ketujuh Puteri Saadong - 13.06.2010

Kosmo hari ini melapurkan bahawa Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) tidak mengiktiraf Raja Tengku Puteri Anis binti Raja Sazali (24 tahun) sebagai waris sah keturuna ketujuh Puteri Saadong yang berasal dari keturunan Raja Jembal. Kenyataan ini telah dibuat oleh pengerusi PKRJK, Nik Yusuf Nik Muhamad kepada bernama semalam. PKRJK meragui semua dakwaan Raja Tengku Puteri Anis dan memaklumkan bahawa mereka telah mengenalpasti latarbelakang dan nama sebenar Raja Tengku Puteri Anis. PKRJK akan melakukan siasatan terperinci berhubung dakwaan ini dengan mengambil kira pendapat Persatuan Sejarah Negeri Kelantan dan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan disamping akan mengadakan seminar bagi menentukan kesahihan lagenda Puteri Saadong dan salahsilahnya yang sebelum ini dianggap sebagai mitos dan legenda sahaja di Negeri Kelantan. Syah mengenali beliau melalui facebook dengan menamakan dirinya sebagai Putri.

Sepengatahuan Syah, PKRJK ada mengeluarkan kenyataan kepada sesiapa yang mendakwa sebagai waris Puteri Saadong hendaklah merujuk kepada PKRJK untuk siasatan selanjutnya sebelum mengesahkan dakwaan berkenaan. Keadaan ini berlaku kerana terdapat beberapa individu pernah mendakwan sebagai keturunan ketujuh Puteri Saadong sebelum ini. Dalam kes Raja Tengku Puteri Anis ini, PKRJK mendakwa beliau tidak merujuk dan mendapatkan nasihat daripada PKRJK berhubung perkara ini dan sebab itu ianya tidak diiktiraf. Abang kepada Raja Tengku Puteri Anis, Raja Putera Edi memaklumkan bahawa pihaknya ada membuat permohonan untuk berjumpa dengan PKRJK tetapi tiada sebarang respond dari PKRJK.

Baru-baru ini telah diadakan satu upacara permasyuharan Raja Tengku Puteri Anis sebagai Seri Ratu Ketujuh Saadong. Upacara ini adalah untuk mengakhiri supahan tujuh keturunan Puteri Saadong yang dihadiri oleh Sultan/Raja dari Indonesia (keturunan sultan/raja-raja di Indonesia sebelum menjadi republik). Mengikut legendanya sumpahan Puteri Saadong berbunyi seperti berikut :-

  • Kutinggalkan rakyat, kutinggalkan negeri, kutinggalkan harta, kutinggalkan segala. Merajuk diriku sehelai sepinggang, lalu berlabuh di tempat asalku, di mana bumi ku pijak, di situ langit kujunjung, aku bersumpah tak lagi ku injak negeri Kelantan sehingga cukup tujuh keturunan.

Semasa upacara ini, ada senaskah buku yang telah diterbitkan mengenai Puteri Saadong dan Putri dalam message Facebook nya kepada Syah memaklumkan bahawa Syah boleh berhubung terus dengan pembantu peribadinya (melalui telefon bimbit yang diberikan kepada Syah) mengenai buku berkenaan. Harganya RM 100.00 dan selain daripada itu terdapat juga buku sejarah kelantan, buku kembara sri ratu saadong vii, cd acara, cd puisi putri berdasarkan manuskrip dan salinan salasilah. Insyallah Syah akan dapatkan buku berkenaan.

Dalam masa yang sama pembantu peribadi Raja Tengku Puteri Anis, Dr. Zahari Mat Ali memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan satu majlis penerangan bagi menyelesaikan isu berbangkit ini dalam waktu terdekat. Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan dan pakar-pakar sejarah juga akan dijemput hadir bersama-sama dalam majlis ini nanti.

Syah tidak berpihak kepada sesiapun dalam isu ini, akan tetapi satu sahaja yang Syah ingin sampaikan, jika kita berada dipihak yang benar, Insyallah satu hari nanti kebenaran itu akan datang kepada kita, cuma kita perlu bersabar dengan segala cabaran dan dugaan. Dalam dunia ini tidak ada seorangpun mahluk Allah yang disukai oleh semua orang termasuklah junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W., Baginda perlu berjuang menghadapi segala cabaran dalam menegakkan syiar Islam sehingga Islam itu sendiri diterima oleh masyarakat seluruh dunia sehingga hari ini. Jadikan perjuangan Rasulallah S.A.W. sebagai benchmark untuk kita mencapai apa yang kita impikan.

1 comment:

Unknown said...

salam syah....saya tertarik dengan kenyataan saudara di akhir perenggan.