Tuesday, July 20, 2010

Happy Birthday Tuanku Mizan - 22.07.2010

Gambar Tuanku Mizan disebelah kiri manakala dikanannya adalah Al-Marhum Sultan Mahmud, Al-Marhum Ayahanda Tuanku Mizan.

Hari ini merupakah hari lahir KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni AL-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ke 48 tahun. Baginda diputerakan pada 22 Januari 1962 bersamaan 15 Syaaban 1381 Hijrah di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu. Ayahanda baginda merupakan Sultan Terengganu ke-16 iaitu KDYMM Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Tuanku Mizan bersama Bonda Tersayang. - Gambar Ihsan dari Tengku Ismail Su

Tuanku Mizan bersama bonda tersayang mengabadikan kenangan di Istana Negara sempena Istiadat Pertabalan Sultan Mizan sebagai KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII. Semasa Al-Marhum Tuanku Mahmud menjadi Sultan Terengganu, DYMM Tengku Ampuan Besar Terengganu pada masa itu adalah YMM Tengku Ampuan Bariah ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj yang merupakan puteri kepada Sultan Selangor. Walau bagaimanapun YMM Tengku Ampuan Bariah bukanlah bonda kandung kepada Tuanku Mizan. Kebanyakan dari kita menggangap Tuanku Mizan adalah anakanda kandung YMM Tengku Ampuan Bariah tetapi sebenarnya Tuanku Mizan merupakan anakanda kepada Isteri Kedua Al-Marhum Sultan Mahmud.

Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Al-Sagoff


Inilah dia wanita yang bertuah melahirkan seorang putera sulung kepada Al-Marhum Tuanku Mahmud dan secara tidak langsung menjadi pewaris tahta kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman. Beliau adalah Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Al-Sagoff seorang wanita ayu berketurunan Syed yang berasal dari Singapura. YTM Tengku Besar Terengganu berkahwin dengan Al-Marhum Tuanku Sultan pada 15 April 1959 iaitu lapan tahun selepas perkahwinan pertama Al-Marhum Sultan dengan YMM Tengku Ampuan Bariah. YTM Tengku Besar Terengganu telah melahirkan enam orang cahayamata (tiga orang putera dan tiga orang puteri) dari tujuh orang anakanda Al-Marhum Tuanku Sultan. Salah seorang puteri YTM Tengku Besar Terengganu, Tengku Fara telah mangkat dalam usia 40 tahun akibat stroke pada 25 februari 2001.

Inilah Istana Al-Muktafi Billah terletak di Kawasan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu tempat kelahiran Tuanku Mizan dan merupakan kediaman YTM Tengku Besar Terengganu. gambar ini Syah ambil sewaktu melawat Terengganu pada 09 Disember 2009 semasa ke Kuala Terengganu, Terengganu atas urusan kerja.

2 comments:

Anonymous said...

betul ke tengku besar sharifah nong tu pakai gelaran yang maha mulia.bukan Yang maha mulia tu tengku ampuan bariah ke yang pakai.???confius....!!~

tengkusyah said...

Jangan confius saudara, Itu typing error saya. Dalam text dibawah saya ada mention YTM Tengku Besar Terengganu. Walau bagaimanapun terima kasih banyak-banyak kerana inform dan saya telah betulkan ejaan berkenaan. Gelaran beliau YTM - Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu. YMM hanya kepada Isteri Al-Marhum Sultan yang gahara sahaja dan mempunyai title Tengku Ampuan/Raja Perempuan. Gahara maksudnya dari keturnan DiRaja dan bukannya Orang Kebanyakan.