Friday, July 16, 2010

Rolls Royce DiRampas Polis - 16.07.2010


Gambar diambil dari Kosmo
Bandar Puteri, Puchong, Selangor gempar apabila sepasukan polis daerah Serdang melakukan serbuan dalam majlis perasmian sebuah syarikat perniagaan hartanah global di sebuah bangunan rumah kedai dikawasan berkenaan semalam (15.07.2010). Semasa serbuan dilakukan lebih kurang jam 01:30pm itu, terdapat seramai lebih kurang 150 pelabur asing dari Hong Kong, Cina, Vietnam dan Taiwan menghadiri majlis berkenaan. Selain daripada majlis perasmian, pihak penganjur juga mengadakan istiadat anugerah kebesaran seperti gelaran "Datuk" kepada beberapa pelabur berkenaan. Selain daripada itu pihak polis juga merampas sebuah kereta Rolls Royce berharga RM2.85 bewarna hitam dengan plate DYMM Tuanku Raja Nor Jan Shah Ibni Al-Marhum YAM Raja Tuah Shah. Raja Kesultanan Melaka Darul Islam.


Raja Nor Jan

Pihak polis membuat serbuan ini hasil daripada makluman orang ramai. Pihak polis percaya kereta berkenaan digunakan sebagai gimik bahawa syarikat itu merupakan sebuah syarikat yang besar dan berjaya disamping disokong oleh kerabat diraja. Hasil siasatan polis mendapati kereta berkenaan :-

  • Menggunakan nombor pendaftaran palsu
  • Disewa dari sebuah kedai kereta terpakai dengan kadar sewa lebih RM600.00 sehari beserta seorang pemandu
  • Pemandu kereta berusia 35 tahun merupakan kakitangan kedai berkenaan dan didapati positif dadah syabu

Selain daripada menahan kereta berkenaan, pihak polis juga menahan tiga individu iaitu dua orang penganjur majlis ini dan pemandu kereta berkenaan. Buat masa ini pihak polis masih menyiasat samada Raja Nor Jan terlibat dalam majlis berkenaan dan kaitannya dengan syarikat tersebut.

Gambar menunjukkan Raja Nor Jan (Hadapan kiri sekali berbaju melayu kuning) di Karaton (Istana) Surakarta Hadiningrat sebagai tetamu kehormat dalam satu istiadat yang dianjurkan pada 27.12.2008

Raja Nor Jan merupakan seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai waris kesultanan Melayu Melaka pada tahun 2006 selepas 477 tahun kesultanan Melayu Melaka dihapuskan oleh penjajah Portugis. Beliau telah melakukan istiadat Penganugerahan Watikah Gelar Adat Kesultanan Melaka Ke-44 di Dewan Pusat Komuniti Taman Melati, Gombak. Sehubungan dengan itu beliau menggunakan gelaran DYMM Tuanku Raja Nor Jan Shah ibni Al-Marhum YAM Raja Tuah Shah, Sultan Melaka ke-44.

No comments: