Wednesday, July 7, 2010

Pulangkan Duit - 07.07.2010

Masa beli sup sayur lunch tadi harganya RM3.00 dan tak silap, Syah beri RM10.00 pada Kakak di Foodcourt Gerai no.8, Aras 3, Menara TM tapi apabila dipulangkan bakinya RM 47.00. Syah ambil dahulu sebab Syah nie pelupa coz nak ingat semula berapa jumlah wang yang Syah bawa tadi. Sebelum beli makanan tu Syah ke Bahagian Akaun, TM Annexe 2 dan selepas tu jumpa Kak Yam. Sempat suruh Kak Yam scan duit RM50.00 yang berbagai pattern. Syah tak bawa dompet dan letakkan RM50.00 3 keping dan RM10.00 sekeping dalam poket baju. Selepas hantar payment dan jumpa Kak Yam Syah terus keluar dan ke toilet. Dengar Kak Yam panggil, rupa-rupanya Syah tertinggal duit RM150.00 tu atas meja Kak Yam. Lepas tu Syah terus balik semula ke Menara TM.

Di Menara TM, Syah singgah sebentar dioffice dan bawa sayur yang dibawa dari rumah pada Isnin lepas untuk ditambah dalam sup sayur yang Syah akan pesan nanti. Bila ingat semula memang confirm Kakak tu bagi terlebih duit pada Syah. Based on gambar diatas tu memang ada tiga keping note RM50.00 dalam poket baju Syah dan RM 7.00 adalah baki sepatutnya yang Syah dapat selepas ditukar RM10.00 tadi. jadi lebihan RM10 sebanyak empat keping tu memang confirm Kakak tu punya.

So pada jam 03:18pm tadi Syah serahkan duit berkenaan kepada Kakak tu semula dan terangkan apa yang berlaku. Suaminya yang ada disitu berlawak dengan Syah, katanya, Lain kali diamkan jer, sambil dia ketawa. So kakak tu mengucapkan terima kasih sangat pada Syah sambil tersipu-sipu bila Syah ambil gambarnya dan kata nak masukkan dalam blog. Ialah bukan duit kita, nak simpan buat apa, nanti makanpun tak berkat coz bukan hasil titik peluh kita.

No comments: