Saturday, July 31, 2010

Tunku Marya Gagal Tuntut RM5.5 Juta - 31.07.2010

Tentu anda semua kenal dengan Personaliti TV3 dan juga bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan, Marya Tunku Sabri. Semalam 30.07.2010, Kerabat diraja Kedah ini telah gagal dalam kes penyelesaian perjanjian pampasan RM5.5 juta daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Wan Johani Wan Hussin yang didakwa memungkiri janji untuk berkahwin dengan beliau. Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd. Yusof membuat keputusan itu atas alasan perjanjian tersebut tidak sah, bersifat pramatang dan mendapati Datuk Wan Johani selaku defendan tidak pernah mengingkari perjanjian seperti yang didakwa oleh plaintif. Bukan sahaja hilang tuntutan RM5.5 juta malah Marya terpaksa menanggung kos guaman berjumlah RM10,000.00 atas arahan Mahkamah Tinggi. Semasa keputusan dibuat kedua-dua plaintif dan defendan tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguam masing-masing, Akbardin Abdul Kader dan Jagjit Singh yang mewakili Datuk Wan Johani dan Maria pula diwakili oleh Sangeet Kaur Deo.

Marya, Suami dan Anak-Anak

Keputusan ini dibuat kerana sebagai seorang wanita Islam dan masih mempunyai suami , Maria tidak boleh terlibat dengan perjanjian seperti ini.''Seksyen 14(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 jelas menyatakan bahawa seorang perempuan Islam tidak boleh berkahwin lain selagi perkahwinan asalnya masih wujud." Alasan Marya bahawa suaminya, Ahmad Nazri Abd. Malek akan menceraikan beliau tidak boleh diterima pakai kerana kuasa talak adalah ditangan suami bukan isteri. Menurut peguan Marya, samada Marya akan menfailkan semula rayuannya atau tidak berantung kepada keputusan Marya dan setakat ini beliau masih belum mendapat arahan selanjutnya daripada anak guamnya. Marya @ Tunku Marya berumur 40 tahun manakala Datuk Wan Johani Wan Hussin berumur 57 tahun.


No comments: