Sunday, July 11, 2010

Hutan Lipur Lubuk Yu DiTutup Kerana Wabak Kencing Tikus - 11.07.2010

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan kawasan pusat perkelahan terkenal, Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran, Pahang telah diarahkan tutup dengan serta- merta bermula semalam 10.07.2010 kerana wabak kencing tikus. Anda semua dilarang menjungi kawasan berkenaan sehingga diberitahu bagi mengelakkan jangkitan wabak kencing tikus. Keadaan ini disedari apabila berlaku kematian beberapa individu yang disyaki terkena wabak bakteria meilioidossi dan leptospirosis semasa aktiviti menyelamat seorang pemuda yang lemas dikawasan ini pada 26 hingga 30 Jun lepas. Menurut Datuk Seri, daripada jumlah tersebut seramai 56 orang adalah daripada pasukan penyelamat manakala 27 orang adalah sukarelawan dan seramai 13 orang daripada mereka telah dijangkiti kuman berkenaan yang menyebabkan 6 kematian individu yang berumur diantara 29 hingga 60 tahun pada 03.07.2010 dan yang terkahir pada 09.07.2010 lepas. Hasil daripada siasatan mendapati kematian 5 individu disebabkan bakteria meiliodosis dan seorang lagi berpunca daripada kuman leptospirosis. Dua mangsa meninggal di rumah manakala empat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.


Anda semua adalah dilarang juga untuk mengunjungi kawasan-kawasan berisiko tinggi wabak ini seperti Jengka, Jerantut dan Maran bagi mengelakkan jangkitan terutamanya pada mereka yang mengidap kencing manis dan mengalami luka-luka. Datu Seri memaklumkan bahawa penularan penyakit ini bukannya berpunca daripada virus tetapi sejenis kuman daripada air kencing tikus dan kawasan tanah yang tercemar.


Info ringkas untuk rujukan anda semua mengenai Jangkitan Kencing Tikus.

Kencing Tikus atau bahasa sainnya dikenali sebagai Leptospirosis adalah merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria leptospira. Virus ini berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih tetapi tidak boleh hidup didalam air laut.

  • Bagaimana ia tersebar kepada manusia :- merebak melalui air, tanah atau tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang mengidapi leptospirosis. Ia akan memasuki badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti bakteria ini.
  • Simtom jangkitan : - Mengalami demam dengan suhu yang tinggi, menggigil, sakit kepala, rasa lesu/lemah badan, muntah-muntah, radang mata, rasa nilu dibahagian betis dan punggung. Simptom-simptom ini cuma akan kelihatan antara 4 hari ke 9 hari selepas jangkitan. Sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya.
  • Komplikasi :- Hati akan menjadi kekuningan pada hari ke 4 dan ke 6. Kegagalan buah pinggang berfungsi, Jantung rasa berdebar-debar tidak menentu,membengkak dan seterusnya gagal berfungsi. Paru-paru pengidap akan merasa nyilu, kerap batuk berdarah dan sesak nafas. Berlaku kerosakan pada pembuluh darah menyebabkan pendarahan dalaman terutama pada pada saluran pernafasan, pencernaan,buah pinggang, alat sulit dan mata. Bagi wanita hamil, mereka akan mengalami keguguran atau bayi lahir tidak cukup bulan, cacat atau bayi mati semasa lahir.
  • Langkah Pencegahan :- Menyimpan makanan/minuman dengan baik supaya tidak tercemar dan mencuci tangan dengan bersih (gunakan sabun) sebelum makan. Basuh pinggan/mangkuk/sudu/pealatan dapur sebelum digunakan dan jangan biarkan minuman/makanan tanpa ditutup. Membersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar rumah seperti berkebun dan seumpamanya. Seelok-eloknya gunakan sarung tangan sewaktu melakukan kerja-kerja berkenaan. Pastikan kawasan sekitar rumah anda bersih, tutup tempat pembuangan sampah, bersihkan tempat bekas air , pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling rumah anda, dan hapuskan tikus-tikus yang berkeliaran dikawasan anda dan membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.
Kepada anda semua bersama-samalah kita melakukan langkah-langkah pencegahan dan memastikan kebersihan kawasan kita untuk mengelakan dari terkena jangkitan Kencing Tikus ini. Buat masa sekarang jauhkan diri anda dari kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti jengka, Jerantut dan Maran. Jika anda terpaksa berada dikawasan-kawasan berkenaan atas urusan kerja/rasmi, sila pastikan anda melakukan langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang jangkitan.

No comments: