Saturday, July 3, 2010

Istiadat Menaikkan Bendera - 03.07.2010


Telah menjadi keniasaan apabila menjelang sambutan hari keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, satu istiadat menaikkan bendera besar Negara Brunei Darussalam akan dilaksanakan sebagai tanda memeriahkan hari sambutan berkenaan disamping memberitahu rakyat bahawa hari keputeraan Sultan sudah hampir tiba. Bagi tujuan ini satu istiadat menaikkan bendera Negara Brunei dan penyerahan bendera kepada semua Pegawai-Pegawai Daerah seluruh brunei telah disempurnakan oleh YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najibah Pengiran Anak Hj Abd Aziz pada 01.07.2010 dii Komplek Yayasan Sultan Hasalan Bolkiah. Dalam istiadat ini, sebuah bendera gergasi berukuran 3.7m x 7.3m telah dinaikan dengan penuh adat istiadat di kawasan terbuka Komplek berkenaan. Bendera ini kelihatan berkibar megah dengan berlatar belkangkan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Selepas istiadat menaikan bendera YAM Pengiran telah menyerakkan bendera yang sama kepada semua wakil daerah seluruh Brunei untuk dikibarkan menjelang Sambutan Hari Keputeraan Sultan Brunei. Setiap daerah pula akan mengadakan upacara menaikkan bendera berkenaan bagi daerah masing-masing. Sambutan Hari Keputeraan Sultan Brunei ke 64 akan diadakan pada 15 Julai 2010.YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz (kiri sekali) menyerahkan bendera gergasi Negara Brunei kepada Pegawai Daerah Brunei-Muara.

No comments: