Tentu anda semua sudah biasa mendengar Syah bercerita pasal KL Residence dan Rawang Residence kan? So sempena hari cuti nie dan tak ada kerja, jadi banyak masa untuk update blog, Syah nak invite anda semua view Rawang Residence tapi bukan satu rumahlah hanya sebahagiannya sahaja iaitu apa yang ada diruang tamu. Inilah kediaman Syah di Rawang yang Syah selalu mentioned dalam blog Syah. Rumah nie kadangkala bersepah juga maklumlah orang bujang nak mengemaspun ikut mood. Rawang Residence Syah di Taman Garing Utama, Rawang. Dari pekan Rawang adalah 10km tak silap Syah. Pernah beberapa kali Syah jalan kaki dari Pekan Rawang ke Rawang Residence sebab bas sudah tiada atau Syah nak cepat ke Pekan Rawang, nak tahu berapa lama ...heheheh hampir satu jam. Syah ada kereta tapi kereta Malaysia jer Proton Iswara Aerobik, Itu sahaja yang Syah mampu beli. Walau bagaimanapun Syah tak ada lesen memandu dan tak tahu memandu.......cuma tahu panaskan enjin dan kalau gerak kereta pun gear satu atau reverse jer. Saja Syah beli kereta, kerana jika ada kecemasan boleh juga sesiapa gunakan..... Banyak yang bertanya mengapa tak ambil lesen, sebenarnya Syah macam takut nak memandu. Ada juga pertanyaan tak tahu memandu mengapa beli kereta dan Syah jawab Lebih baik tak ada lesen tapi ada kereta dari ada lesen tapi kerea tak ada. Boleh.............
Inilah ruang tamu Syah di Rawang Residence. Rumah kecil sahaja - Intermediate Terrace House dengan keluasan 20 kaki x 65 kaki. Syah memang sinonim dengan warna kuning nie. semenjak dari kecil lagi. Actually warna kuning dan merah adalah warna rasmi bagi orang-orang bugis sebab itu bendera Selangor ada bewarna merah dan kuning tapi Johor lain pulakan warnanya walaupun Sultannya berketurunan Bugis. Rawang Residence mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik air. Bilik tidur dibahagian bawah Syah convert jadi bilik menonton kerana Syah tak suka letakkan TV di ruang tamu kerana bagi Syah kalau ada TV macam menggangu perbualan dengan tetamu. Jadi sesiapa yang hendak menonton masuk jer ke bilik menonton dan yang lain boleh teruskan perbincangan dan seumpamanya. Satu bilik tidur diatas, Syah jadikan mini library yang Syah namakan Maharum Bugis Syah Mini Royal Library, disinilah Syah tempatkan segala buku-buku, dokumen, keratan akhbar dan buku aturcara majlis bagi Raja-Raja Melayu dan ada juga satu dua mengenai raja-raja dari luar negara termasuk Brunei Darussalam.
Tangga menuju ke aras atas rumah yang menempatkam 3 bilik tidur dan dua bilik air. Dibahagian atas tiada ruang menonton. Master bedroom memang jadi tempat tidur Syah manakala satu lagi bilik tu Syah jadikan bilik tetamu bagi yang sudi bertandang ke teratak Syah.
Jika anda lihat gambar sebelum ini, untuk naik ke bahagian atas rumah ada satu ruangan kosong diatas tangga dan disini Syah letakkan sebuah kerusi two seatter dan rak buku Anjung Seri (buku-buku lama) dan Showcase rotan yang menempatkan koleksi barangan tembaga dan beberapa souvenir.Diatas meja half moon pula Syah aturkan koleksi Mug bergambar, photo Nenda dan Ayahanda Syah, photo Al-Marhum Sultan Salahuddin dan Siti Aishah dan souvenir sempena Jubli Perak pemerintahan Al-Sultan Kelantan.
Inilah dia half moon table tu dan disebelah kirinya adalah tangga untuk naik ke bahagian atas. Disebelah consol table tu Syah letakan sepasang pasu tanah liat lama. Teko yang dibawah tu my buddy - Lee Kar Choon hadiahkan kepada Syah sempena birthday Syah tak ingat bila tapi lama dah.
Inilah dia tempayan lama tu. Syah ambil dari kampung dan usianya hampir 100 tahun. Kat kampung Syah tengok mereka letakkan diluar rumah dan tak digunakan dan Syah minta pada bonda saudara Syah (Ejon) untuk dibawa balik ke Rawang dan sekarang dia berada ditempat yang sepatutnya dia berada.
Diatas tangga naik ke tingkat atas Syah letakkan dua ekor ikitk kayu dari Thailand. Hari tu nak jadi cerita rumah Syah ada anai-anai dan salah satu tempat yang kena attacked adalah salah seekor iktik nie. Tapi dan panggil pest controll buat maintenance dan dah tak ada lagi termite- minta-minta lah tak ada terus.
Lampu ini dah lama Syah beli sekitar tahun 1990an. Lampu keristal nie memang jadi salah satu favourite Syah. Lampu nie pernah Syah jadikan deco untuk pelamin perkahwinan cousin Syah sekitar 1990an juga. Syah beli lampu ini di Maruzen Jalan Tunku Abdul Rahman dan sekarang kedai tu sudah tiada dan digantikan oleh SSF tak silap Syah. Meja kecil tu pula dari kayu rosewood pakistan.
Objek kayu dari Thailand nie Syah beli dari sebuah kedai Antik di Ampang Park. Mereka jual murah kerana kedainya hendak ditutup - mereka lelong. Tapi ini bukan barangan antik yer cuma dijual sahaja di kedai antik.
Burung kenyalang ini Syah beli semasa bercuti di Kuching, Sarawak sebagai perhiasan ruang tamu Syah.
Ini pula meja kacang, dipanggil meja kacang kerana bentuknya jika dilihat dati atas seperti bentuk kacang....alaaaa macam kereta mercedes tu ada mata belalang dan ada mata kacang. Meja pun ada macam itew tau? Dalamnya Syah letakan barangan kristal Iran manakala diatasnya Syah letakkan bunga, kristal Iran dan photo Sultan dan Sultanah Pahang.
Ini adalah gambar keluarga Syah. Masa ambil gambar nie Syah masih kecil lagi. Syah sedang duduk diatas riba nenda perempuan Syah tu. Gambar-gambar nie terdiri daripada Al-Marhum Kedua Ninda Syah, Al-Marhum AyahandaSaudara dan Al-Marhumah Bonda Saudara, My coisin, Ayahanda Syah dan Bonda Saudara Syah (Ejon). Syah dan cousins memang tinggal bersama nenda di kampung dan sebab itu jika Syah mention my sister and my brother tu maknanya sepupu-sepupu Syah lah tu coz we all memang macam adik beradik. Adik beradik Syah satu ibu dua orang tapi dah meninggal seorang, dengan bonda tiri Syah ada seorang adik perempuan. Jadi adik beradik sebenar Syah hanya dua orang sahaja means sepasang jer iaitu Syah dan adik perempuan Syah, Intan Shafinaz.
Ini adalh frame gambar dari Myamar. My brother Muss beli di kedai Nepal dan hadiahkan kepada syah sempena birthday Syah sekitar 1990an juga. mula-mula kena tegur juga dengan ayahanda kerana dapat hadiah macam nie. Hehhehheh. Syah letakkan frame yang besar nie didalam bilik menonton. Besar frame nie, 2.5 x 4 kaki kot - tak silap lah....... agak-agak jer.
No comments:
Post a Comment