Tuesday, July 6, 2010

Raja Petra - 06.07.2010

Ini adalah gambar Raja Petra yang dikeluarkan oleh salah sebuah akhbar pada hari ini. Baru-baru ini heboh diperkatakan bahawa PKR menaja penulis laman web Malaysian today ini di London. Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui laman webnya. Syah bukannya nak bercerita mengenai isu PKR atau laman web Raja Petra tapi Syah nak bercerita mengenai siapa Raja Petra.

Raja Petra disebelah kiri belakang manakala lelaki India berbaju merah adalah Balasubramaniam yang menghilangkan diri ke luar negara selepas memberi dua perakuan berbeza yang dibuatnya pada tahun lalu berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Sekali pandang kita ingatkan siapa Mat Salleh nie tapi sebenarnya beliau adalah kacukan Melayu-orang Putih. Dengar dari namanya pula, macam kerabat diraja Kelantan tetapi beliau bukan dari negeri cik siti wan kembang. Beliau sebenarnya berasal dari kerabat diraja Selangor. Raja Petra diputerakan di Surrey, England pada 27.09.1950. Ayahandanya Raja Kamaruddin bin Raja Tun Uda manakala bondanya Che Bariya Abdullah @ Barbara Mable Parnell. Nendanya (datuk) Yang Amat Mulia Tun Raja Uda bin Raja Muhammad atau lebih dikenali sebagai Raja Tun Uda merupakan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang Pertama. Nenda Perempuannya adalah Yang Amat Mulia Tengku Badariah bt Sultan Sulaiman yang merupakan puteri kepada Sultan Sulaiman, Sultan Selangor kelima. YAM Tengku Badariah merupakan kekanda (Kakak) kepada Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor keenam dari bonda(ibu) yang sama iaitu Cik Hasnah bt Pilong yang merupakan isteri kedua Tuanku Sulaiman. Jadi Raja Petra merupakan sepupu kepada Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor ketujuh dan SPB Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesebelas dan Bapa Saudara Sepupu kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor sekarang.

Raja Petra dan Isterinya

Raja Petra bertemu jodoh dalam usia 23 tahun bersama seorang wanita kacukan siam-cina, Marina Lee Abdullah yang ketika itu berusia 18 tahun. Mereka berkahwin pada 14 April 1973, Hasil daripada perkahwinan ini mereka dikurniakan lima orang cahayamata iaitu Raja Suraya, Raja Azman, Raja Shahril, Raja Azmir dan Raja Sara serta dua orang cucu.

No comments: