Friday, July 9, 2010

Sultan Pertama Memandu Keratapi - 09.07.2010

Tahukan anda bahawa Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sulti Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah mencipta sejarah sebagai Sultan pertama di Malaysia memandu keratapi secara rasmi. Tuanku Ibrahim telah memandu sendiri lokomotif jenis kelas 26 The Blue Tiger menjelajah empat buah daerah iaitu Johor Baharu, Kulaijaya, Kluang dan Segamat sejauh 391.3km sempena Program Kembara Mahkota Johor 2010 selama tiga hari bermula 26 – 28 Jun 2010. Salah satu syarat untuk mendapatkan lessen memandu lokomotif, Tuanku Ibrahim perlu menyempurnakan pusingan lokomotif seberat 86tan menggunakan alat turn table dan Baginda telah berjaya melakukannya dalam tempoh 10 minit.
Sehubungan dengan itu Baginda Sultan telah menerima Sijil Kelayakan Memandu Lokomotif - lesen kelas 26 daripada Presiden Keratapi Tanah Melayu Berhad, Dr Aminuddin Adnan semasa baginda dan rombongan berada di Stesyen Gemas. Kejayaan ini juga telah diiktiraf oleh Malaysia Books of Record (MBOR) dimana Pengarah Urusan MBOR, Datuk Danny Oii telah menyerahkan sijil pengiktirafan kepada Baginda Sultan.

SYABAS TUANKU SULTAN JOHOR

No comments: