Thursday, July 1, 2010

Kes Cerai Al-Sultan Kelantan Tertanguh - 01.07.2010

Gambar perkahwinan Al-Sultan Kelantan dan Cik Puan Elia Syhana yang dikahwini oleh baginda pada 25.12.2007 dengan mas kahwin RM20,000.00.

Kes pengesahan lafaz cerai Al-Sultan Kelantan terhadap Isteri kedua baginda, Cik Puan Elia Suhana Ahmad tertangguh lagi sehingga 25 Julai 2010. Keadaan ini berlaku berikutan plaintif, Nik Rorhana Wan Abdul Rahman mengemukakan permohonan untuk melakukan pindaan pada saat akhir berhubung penyata tuntutan berhubung lafaz cerai berkenaan. Untuk pengatahuan semua, perbicaraan ini dijalankan secara tertutup semalam 30 Jun 2010 di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan. En Zainul Rijal Abu Bakar selaku peguam Nik Rorhana tidak memberi sebarang ulasan berhubung perkara ini dengan alasan tidak mahu dikenakan tindakan menghina mahkamah. Mengikut peguam Cik Puan Elia Suhana, En Fakhrul Rizal memaklumkan bahawa mahkammah telah mengarahkan plaintif membayar kos kehadiran kerana permohonan penangguhan dibuat secara mengegut dan tiada maklumat bertulis berhubung perkara ini oleh plaintif kepada mahkamah.

No comments: