Saturday, July 10, 2010

Sultan Kelantan Akan DiRawat Di Singapura - 10.07.2010

Gambar lama :- Keberangkatan pulang Al-Sultan Kelantan ke tanah tumpah darahnya pada 04 Mac 2010 setelah sekian lama mendapat rawatan di Hospital Mounth Elizebth semenjak 24 Mei 2009.

Sultan Kelantan dijangka akan mendapatkan rawatan susulan di Hospital Mounth Elizebth, Singapura bermula 14 Julai 2010 bersamaan hari Rabu minggu hadapan. Rawatan kali ini adalah untuk menukar tiub makanan dibahagian perut Baginda. Pengelola Istana DiRaja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad memaklumkan kepada Kosmo bahawa pemergian Baginda ke Singapura tidak diuruskan oleh Pejabat Sultan Kelantan kerana tiada titah dikeluarkan untuk berbuat demikian. Rawatan ini sebenarnya telah di syorkan oleh pakar perubatan di Malaysia disamping pihak keluarga Al-Sultan Kelantan telah mendapat kata sepakat berhubung perkara ini.

Selaras dengan titah Pemangku Raja Kelantan bahawa sebarang rawatan ke atas baginda Sultan di luar negara perlu mendapat perkenan baginda selepas dirujuk kepada pakar-pakar perubatan dalam negara seperti yang digariskan dalam peraturan kerajaan. Datuk Halim menyatakan bahawa Pemangku Raja Kelantan tidak mempunyai sebarang halangan jika rawatan susulan yang dilakukan oleh Hospital Mounth Elizebth tidak terdapat dalam negara. Apa-apapun bersama-samalah kita doakan agar Al-Sultan Kelantan selamat pergi dan pulang semula ke Kelantan. Dirgahayu Tuanku Patik.

No comments: