Saturday, July 3, 2010

Taman Tasik Datuk Keramat - 03.07.2010

Petang tadi selepas solat Asar, Syah cadang hendak jogging ke KLCC tapi tukar fikiran nak jogging kat satu tempat yang pernah Syah lihat dalam LRT. Masa nak keluar hujan rintik-rintik tapi Syah kuatkan semangat jalan juga kalau tak mesti masuk rumah semula. At first Syah tak tahu apa nama tempat tu coz yang Syah tahu Stesyen LRT Jelatik sahaja. Tempat nie boleh nampak dari dalam train dan macam best jer? Akhirnya petang Sabtu nie sampai juga Syah kesini. Namanya Taman Tasik Datuk Keramat dan jika anda hendak ke sini kena turun di Stesyen LRT Putra Jelatik dan bukannya Stesyen LRT Putra Datuk Keramat. Taman Tasik nie berhadapan Stesyen LRT dan anda perlu menggunakan jejantas untuk ke lokasi berkenaan.
Click gambar untuk imej yang lebih besar.

Macam nielah pemandangan dan aktiviti di Taman Tasik nie. Siap ada pengawal keselamatan untuk memastikan keselamatan pengunjung. Ada track berjogging keliling tasik dan anda juga boleh berjogging diatas bukit kecil di Taman ini. Selepas berjogging boleh melakukan aktiviti senaman dengan menggunakan peralatan yang disediakan. Jika anda membawa anak-anak bersama, Taman ini juga menyediakan Taman Permainan Kanak-Kanak. Anda juga boleh bermain badminton atau bolasepak dipadang yang disediakan. Apa kata sekali-sekala anda bawa keluarga untuk beriadah di Taman Tasik Datuk Keramat sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan badan. Jika anda haus ada gerai air dan ice cream dipintu masuk Taman. Cuma satu sahaja kelemahnya, pengawal tidak memantau aktiviti peralatan senaman yang disediakan. Kadangkala orang ramai terpaksa menunggu untuk menggunakan peralatan kerana ada beberapa remaja yang saja duduk bersembang diatas peralatan berkenaan. Tapi itu masalah kecil jer. Syah lihat pengawal juga mengadakan rondaan bermotor terutama diatas kawasan bukit kecil di Taman ini. So apa lagi anda semua jom kita ke Taman Tasik Datuk Keramat.

No comments: