Saturday, July 31, 2010

Dinner @ DOME KLCC - 31.07.2010

Syah keluar dari Ampang Puteri hampir hendak masuk waktu Maghrib. Syah tengok Firdaus dan adiknya asik bergaduh jer, so Syah invite dia ikut balik ke KL Residence kalau tak kecoh hospital dibuatnya coz Kak Lang stay kat sana hari ini. So Syah ambil bas dari Ampang Point ke Ampang Park. Dalam bas tanya Firdaus nak makan ker tidak, dia kata tak nak. So Syah ajak dia ke KLCC. Sampai KLCC Syah tanya nak minum tak dan dia kata ok. So Syah bawa dia ke DOME KLCC. Syah orderkan dia air dan sandwich. Syah makan sekali. Sambil makan we all google facebook dan update blog. Mungkin jam 10:00pm nanti Syah gerak balik ke KL Residence. Makan semua.

Firdaus minum Ice Chocolate -RM 13.50 dan Syah Evian Water - RM9.00. Makanan pula Chicken Ham, Chese-Baguette - RM18.40 we all kongsi. Firdaus complain roti tu keras dan liat. memang pong? roti tu cam tuh? Hehehehehhehe. Semuanya termasuk tax RM47.15. So kalau anda nak cuba sekali sekala makan di DOME Cafe datanglah ke KLCC. Dalanya macam romantik jer sesuailah bagi yang sedang dilamun cinta.

Ampang Puteri - 31.07.2010

Syah sampai Ampang Point lebih kurang hampir jam 02:00pm. Berpusing-pusing Syah cari ATM Maybank tapi tak jumpa coz duit sudah tinggal RM30.00 sahaja dalam poket. Tanya orang akhirnya jumpa Maybank tapi Jauh pulak tu tersorok, patutlah tak jumpa. Lepas tu call Kak Lang Ella, minta dia datang Ampang Point coz we all nak makan Meehon Tomyam di food court Ampang Point. Syah dengan Kak Lang makan Meehon Tom Yam Putih dan Firdaus Nasi Goreng Ayam. Kakak yang ambil order tu kata tak ada meehon tom yam putih, dan Syah inform semalam saya makan adapun, tetiba tukang masak tu mencelah dan inform ada-ada awak nak macam semalam yer? kakak tu macam malu jer tapi dia control macam tak ada apa-apa. Kak Lang minum Mineral Water, Syah - Soya dan Firdaus - Milo Ice. Masa nak balik Kak Lang belikan Ku Chik burger di KFC. Masa nie my Sis Intan dan hubby dia sudah sampai. Tak berapa lama we all sampai family Azam, Fendi dan keluarga pula sampai.

Lebih kurang jam 04:00pm tadi Azam ajak keluar minum di kantin tetapi bila kita kesana kantin sudah tutup. We all jalan keluar dan minum di Restoran Ishira, berhadapan Ampang Puteri. Kak Long Janet call inform nak datang bersama-sama suaminya tetap sekarang masih di area Sungai Buluh. Sebentar tadi Haziq call beritahu dia ada di KLCC dengan Papanya. Esok dia balik semula ke Sabak Bernam. Sekarang jam 05:15pm dan we all tak dapat nak balik ke Hospital kerana hujan lebat. Stranded di restoran nie dan Syahpun apa lagi update bloglah jawapnya.

Masa Kak Long Janet datang, tak lama kemudian vendor dari TM datang melawat Azam. Selepas nie Kak Long Janet dan Abang Tooha akan ke Melaka kerana ada seminar. Esok baru balik ke Ijok. Ok Kak Long, have a safe journey.

Jaga Kucing - 31.07.2010

Pagi nie Syah di KL Residence dan ada tugasan yang Muss beri pada Syah. Kena jaga kucing dia. So pagi nie kena bagi kucing empat ekor tu makan. Inilah makanan basah kucing Muss - Whitemeat Tuna Affair With Seafod Strips dari Royale. Untuk lunch dan dinner memang sudah ada dalam sangkar mereka, makanan kering dari Blue Seal - bentuknya macam coco crunch... hehehhehe
Malam tadi Muss call dan inform anak Salim Baby Kailan dan Baby Sawi dalam keadaan sihat dirumah Cd dan dia hanya berlegar-legar depan rumah dan tak keluar ke tanah. Mungkin dia dah biasa duduk dalam sangkar di KL. Semalam Cd bawa sangkar besar tu balik kampung untuk masukkan dua baby tuh. Awok dah hilang, begitu juga dengan Mila. Anak-anak Mila semuanya dah mati.

Nak bagi kucing-kucing nie makan kena keluarkan satu-satu kecuali Mila dan Blacky. Tunggu mereka makan habis dulu dan masukkan semula dalam sangkar. Lepas tu keluarkan Mona pula dan tunggu sampai habis makan dan kena jaga kalau tidak dia lari keluar rumah dan malam baru balik. Lepas tu giliran Baby Hamster pula. Sudah habis makan baru Syah kemas sangakar dan bersihkan lantai balcony.

Ini tugasan terakhir. Bersihkan Najis kucing dalam tempat dia buang air besar. Kita kena tapis najis nie dengan penapis khas hingga bersih. Masukkan najis tadi dalam plastic bag dan buang. Pasir yang telah dibersihkan tadi dimasukkan semula kedalam sangkar untuk dia orang melepaskan hajat dan esok pagi kena bersihkan lagi. Lepas tu Syah tambahkan air minuman mereka. Siap semuanya terus Syah bersihkan diri - mandi coz kulit Syah sensitif dan tak tahan benda-benda berhabuk atau kotor sebab mudah kena gatal-gatal. Sekejap lagi jam 12:00 tengahari nak ke Ampang Puteri semula. Ingat nak ke office ambil baju kotor Syah yang Syah bawa dari Rawang Residence hari Rabu lepas tapi malas pula nak pergi/balik........... naik LRT, so Isninlah Syah bawa balik. Tertinggal coz masa Azam accident hari tu Syah dari Rawang Residence, bila nak ke hospital malas nak bawa dua beg sekali dalam keadaan kelam kabut tue.

Haziq Melawat Azam di Ampang Puteri - 31.07.2010

Dari kiri : Haziq, Kak Lang Ella, Azam, Ku Chik @Ijat dan Firdaus. Papa Haziq tak ada dalam gambar nie? Malu katanya nak bergambar. Guna kamera Kak Lang lagi. Hehheheeh bilalah kamaera Syah nak siap niehhhhhhhh...

Semalam anak Kak Ngah Normah, Haziq Mohd Amin datang ke Ampang Puteri bersama Papanya untuk melawat Azam. Haziq sampai petang dan malam baru balik. Syah balik dulu semalam. Syah sampai Ampang Puteri lepas Solat Jumaat dan belikan mereka Lompat Tikan dan Kuih Akok - Saja beli kan Azam coz dia nie orang Pantai Timur. Actually Haziq ada appointment di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kelang, Selangor semalam. Dari Kelang dia terus ke Ampang. Hari Khamis hari tu Haziq datang KL dari kampung di Sabak Bernam dan Ahad nie baru dia balik. Syah lihat dia bawa dunkin' donat untuk Azam dan we all makan ramai-ramai kecuali Syah lah coz on diet. By the way semalam sempat kidnap dua biji green apple azam.Hehehhehe..... memang banyak fruits dan makanan. Orang datang jer bawah buah, tak buah ada sahaja makanan yang dibawa sebab Azam kan patah tangan so bukannya deman atau sakit lain so semua benda dia boleh makan, tu yang pelawat bagi banyak fruit dan makanan tuh.

Tunku Marya Gagal Tuntut RM5.5 Juta - 31.07.2010

Tentu anda semua kenal dengan Personaliti TV3 dan juga bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan, Marya Tunku Sabri. Semalam 30.07.2010, Kerabat diraja Kedah ini telah gagal dalam kes penyelesaian perjanjian pampasan RM5.5 juta daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Wan Johani Wan Hussin yang didakwa memungkiri janji untuk berkahwin dengan beliau. Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd. Yusof membuat keputusan itu atas alasan perjanjian tersebut tidak sah, bersifat pramatang dan mendapati Datuk Wan Johani selaku defendan tidak pernah mengingkari perjanjian seperti yang didakwa oleh plaintif. Bukan sahaja hilang tuntutan RM5.5 juta malah Marya terpaksa menanggung kos guaman berjumlah RM10,000.00 atas arahan Mahkamah Tinggi. Semasa keputusan dibuat kedua-dua plaintif dan defendan tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguam masing-masing, Akbardin Abdul Kader dan Jagjit Singh yang mewakili Datuk Wan Johani dan Maria pula diwakili oleh Sangeet Kaur Deo.

Marya, Suami dan Anak-Anak

Keputusan ini dibuat kerana sebagai seorang wanita Islam dan masih mempunyai suami , Maria tidak boleh terlibat dengan perjanjian seperti ini.''Seksyen 14(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 jelas menyatakan bahawa seorang perempuan Islam tidak boleh berkahwin lain selagi perkahwinan asalnya masih wujud." Alasan Marya bahawa suaminya, Ahmad Nazri Abd. Malek akan menceraikan beliau tidak boleh diterima pakai kerana kuasa talak adalah ditangan suami bukan isteri. Menurut peguan Marya, samada Marya akan menfailkan semula rayuannya atau tidak berantung kepada keputusan Marya dan setakat ini beliau masih belum mendapat arahan selanjutnya daripada anak guamnya. Marya @ Tunku Marya berumur 40 tahun manakala Datuk Wan Johani Wan Hussin berumur 57 tahun.


Raja Mohammad Mangkat - 31.07.2010

Al-Fatihah buat Almarhum Datuk Raja Mohammad bin Raja Ismail yang mangkat pada 29.07.2010 dalam usia 60 tahun kerana kemalangan jalanraya. Almarhum adalah salah seorang kerabat diraja Kelantan dan juga merupakan seorang ahli perniagaan. Kejadian berlaku lebih kurang jam 08:45 malam di kilometer 30.3 Lebuh Raya Elite berhampiran susur keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Al-Marhum sebenarnya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) bersama seorang rakan, Abu Bakar Ismail (43 tahun) dan anak saudaranya bernama Puteri Marini Arief (26 tahun) yang hendak pulang ke Kota Baharu, Kelantan. Apabila sampai ditempat kejadian kereta Volvo yang dipandu oleh Almarhum dilanggar dari belakang oleh sebuah lori Simen yang dalam perjalanan pulang ke Segamat, Johor selepas menghantar simen ke Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang. Menurut pemandu dan kelindan lori, Shamsuddin Pairin (43 tahun) dan Hamzha Mohd Desa (40 tahun) kereta Almarhum tiba-tiba berhenti dan mengundur menyebabkan mereka tidak sempat berbuat apa-apa dan melanggarnya dari belakang dan kereta berkenaan diheret lebih kurang 20 meter sebelum ianya terbakar secara tiba-tiba. Mereka telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamakan kesemua mangsa, walau bagaimanapun mereka hanya sempat mengeluarkan dua orang sahaja melalui tingkap yang pecah manakala Almarhum yang tersepit didalam kereta tidak dapat dikeluarkan dan api semakin marak waktu itu menyebabkan Almarhum terbakar 100% bersama-sama kenderaannya. Jenazah Almarhum telah dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat manakala mangsa lain hanya cedera ringan dan telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Putrajaya. Shamsuddin dan Hamzah tidak mendapat sebarang kecederaan. Seramai 30 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, Cyberjaya Putrajaya telah bertindak pantas memadamkan kebakaran, walau bagaimanapun Alamarhum tidak dapat diselamatkan kerana takdir menentukan segalanya.


Makluman kemangkatan dan ucapan takziah dalam Facebook Kerabat D'Raja Kelantan untuk Almarhum Raja Mohammad Raja Ismail.
  • Al Fatihah buat Almarhum Raja Mohammad Raja Ismail, Semuga Roh Almarhum ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh. AMIN.

Friday, July 30, 2010

Cuti Today - 30.07.2010

Hari ini Syah cuti dan lepas solat Jumaat nanti hendak ke Ampang Puteri menjenguk Azam. Mus dan Cd akan ke Pahang tengahari ini. Muss ada family day kat Gambang Waterworld, Pahang dan Cd tumpang Muss balik Kuantan sekali. Syah kena jaga kucing mereka hari ini sampai Ahad. Apa-apapun have a safe journey semuga selamat sampai ke destinasi yang dituju. AMIN.

Ampang Puteri - Update Kes Kemalangan Azam - 30.07.2010

Semalam Syah cuti tapi ke office dahulu untuk selesaikan beberapa tugas urgent. Bangun jam 05:00am dan 06:30am bertolak ke pejabat naik LRT coz Syah di KL Residence. Sampai hampir jam tujuh lebih. Selesaikan apa yang patut dan Syah sempat ke food court beli dua bungkus nasi lemak, telur dadar dan ayam goreng untuk Firdaus dan Azam. Naik LRT Kerinci - Ampang Park dan kemudiannya Bas ke Ampang Point. Singgah sekejap belikan Teh O Ice Limau untuk Firdaus, baru ke Ampang Puteri. Syah sampai lebih kurang jam sembilan lebih (tak ingat kul berapa). Azam sudah mula sedar tapi kepalanya agak pening mungkin kesan ubat bius. Jam 10:00am Syah ikut nurse hantar Azam untuk X-Ray. Lepas tu adalah jiran dia datang dan waktu lunch bilik jadi penuh sesak dengan kawan-kawan Azam dari TM sampailah ke petang. Macam-macam mereka bawa buah, biskut dan yang last datang lebih kurang hampir Maghrib dan bawa Pizza Hut. Syah beli buah limau, apple dan jajan untuk Firdaus. Kak lang datang petang lepas lunch, CD hantar dia. Lepas Kak Lang sampai Syah bawa dia ke Pakar Kanak-Kanak untuk periksa Ijat yang selalu mengadu sakit perut sampai menguling-guling. Jumpa doktor dan ambil ubat adalah dua jam lebih menunggu sampai Ijat mengamuk.... katanya bosan dan buat kelakulah dia sampai doktorpun dimarahnya. Hehehehehe. Doktor inform Ijat tak ada apa-apa tapi kena tukar diet dia. Kena makan banyak fibre dan fruits. Sebenarnya Kak Lang inform dia makan nasi sekali sahaja sehari selainnya suka makan junk food dan air gas. Terkebil-kebil Syah tengok muka dia makan ubat. Cd datang amibl Kak lepas maghrib dan sempat makan sama-sama pizza. Kak Lang bagi juga pizza tu pada jiran sebelah yang kebetulan anaknya orang TM juga. Lepas hantar Kak Lang, Syah dan Cd terus balik rumah, Lepas mandi dan solat, Muss ajak keluar makan. Hemmmmm............
Akhirnya dapat juga ambil few gambar Azam guna kamera Kak Lang. Ini gambar semalam 29.07.2010. Masa ini Misi cuba cabutkan saluran tiub darah ditangan Azam tapi macm tak boleh jer.
Tak boleh cabut, tension agaknya dan dia terus inform Syah dengan nada yang agak tinggi tak boleh ambil gambar, ganggu kerja dia dan tutup tirai dengan agak kasar. Dia cakap kuat-kuat sampai satu bilik dengar. Rasa malu juga dengan orang lain especially pelawat dikatil sebelah tapi lantaklah mulut dia nak cakap apa sebab orang sebelah tu pun faham dan tanya nak masuk facebook ker dan Syah inform blog sambil kami ketawa. Agak kurang manis juga cara dia tapi tak perlah... actually dia boleh cakap baik-baikkan sebab masa di HKL hari tu masa jaga Ayahanda, ok jer nurse tu bila Syah rakam aktiviti dia selenggara Ayahanda dan dia akan inform baik-baik jika tak boleh rakam especially masuk nak masuk OT Room. So anda semua jangan ingat semuanya di Hospital Swasta tu semuanya baik perkhidmatannya tapi kadangkala HKL atau Hospital Kerajaan yang lain lebih bagus dari mereka dalam sesetengah perkara. Ingatkan Ampang Puteri ada guideline beri kat staff dia macam mana nak bercakap dengan pelanggan/pelawat tapi .no comment... mungkin minah nie tension masa tu coz tak dapat cabut tiub tu sebab tu dia meroyan kot. Akhirnya dia panggil nurse lain dan nurse tu guide dia macam mana nak cabut alat tu baru ok, tercabut pun. Sah meroyan kerana tension. Tak per bak kata orang belajar dari kesilapan tu bagus dari tak buat silap Dik Oiiiii..........

Lepas tu ada masalah sedikit. Lepas wayar dicabut dibiarkan begitu sahaja dan Azam complain mana Nurse nie sebab tangan dia tak ada penyokong dan rasa sakit sedikit. Sampai dia gumpalkan kain selimut untuk menyokong tangannya. Lepas tu baru dia masuk semula dan inform suruh tunggu sebab nak cari plaster untuk tampal plaster yang dia buka tadi. Agak lama juga menunggu. Syah dengar dia inform untuk sementara dia plaster yang pendek coz yang panjang tak ada. Rupanya dia cari plaster panjang rupanya dan terpaksa letak dua plaster pendek. Macam budak baru jer Misi nie. Actually Syah tak heranpun dengan apa yang dia cakap tu dan ingat nak complain cara dia handdle pelanggan/pelawat tapi tak per lah ... small matters jer. Tapi kadangkala small matters count terutamanya jika kita berurus dengan orang ramai. Syah cadangkan Ampang Puteri memberi latihan dari masa kesemasa terutamanya mengenai Stress Management untuk staff mereka. Jika sudah ada BAGUSLAH.

Nie lah dinner malam tadi, actually Syah tak makan lepas jam 07:00pm tapi hari ini cas pantang lah. Syah makan Tom Yam Sayur Puteh, Blanded Apple Jus dan Kerabu Betik. Cd pula makan Nasi Goreng Thai, Kerabu Mangga dan Muss Macam Yee Mee (tak ingat) dan Lala Masam Manis. Cd dan Muss kongsi Blanded Mango dan Watermelon. Balik tu Syah dan Muss minum green tea. Paginya Syah breakfast Jusmate 5. Malam nie tak sempat.

Ini gambar semalam, 28.07.2010. Masa ini Azam sedang dibawa semula ke Wad 433, Tingkat 4, Ampang Puteri. Pembedahan tangannya mengambil masa lebih kurang dua jam. Masa tanya nurse kat wad yang menolak katil Azam ke Operation Theater (OT) Room katanya 1/2 jam sahaja gerudi siaplah. GERUDI ...... bergurau misi tu kot? Heheheheh. Mereka tak tahu sebab mereka bukan nurse kat OT Room kot?. Tapi cuba bayangkan jika anda ada saudara yang akan menjalani operation nurse kata 1/2 jam dan kita pula tunggu hampir tiga jam. Apa perasaan anda?. Bagi Syah sebagai pekerja kita kena tahu semua benda walaupun bukan secara detail kerana jika ada pelanggan luar/dalam membuat pertanyaan kita akan dapat membantu mereka. Maksudnya kita kena jadi responsive dan bukan kata itu buka kerja saya, saya tak tahulah Encik/Puan. Jangan sesekali buat macam ini kerana ianya akan memalukan company anda. Tazkirah Pagi Jumaat nie...... heheheheh

Kami semua menunggu di Waiting Room OT, Aras dua, semasa Azam sedang menjalani pembedahan. Bila selesai tanya Nurse OT dan dia inform pembedahan sahaja mengambil masa dua jam. Actually Azam kat dalam tu tiga jam dan nurse inform banyak prosidur mereka lakukan sebelum dan selepas pembedahan. Sebab itulah we all semua tunggu lebih kurang tiga jam tu. Bila ada benda yang dia tak pasti jawapannya nurse tu inform Encik kena tanya doktor perkara ini? dan kitapun fahamlah. Ha........... macam nielah cara yang betul nak handle pelanggan dan jangan fikir diri sendiri sahaja yang tension coz keluarga orang yang masuk hospital tu lagi tension. Ialah bak kata orang dalam setandan pisang taklah semuanya busukkan? Sepatutnya semua nurse kena ada attitude macam nie.
Family Syah yang ada pada malam tu , Muss, Cd, Kak Lang Ella, Firdaus, Ku Chik (Ijat), Razak, Rahimah, Ajim dan Adik Rahimah. Kak Lang sibuk melayan panggilan telefon dari saudara-mara yang bertanya khabar perkembangan terbaru Azam. Syah tanya Kak Lang Ella nape pakai tudung biru, baju merah dan kain hijau. Katanya dia nak cepat dan pakai apa sahaja yang sempat dicapai. Yer lah sapa tak sapapun, kalau suami sendiri kemalangan, kalau boleh masa tu juga dia nak bersama-sama dengan Azam untuk lihat keadaan suaminya tapi tak dapat kerana dia tak berani nak memandu sampai ke Ampang Point dan dia sendiri tak tahu Ampang Puteri tu diarea mana. So Kak Lang terpaksa tunggu Razak fetch dia ke Ampang Puteri. Razak dari Bangi dan bertolak selepas balik kerja.

Wednesday, July 28, 2010

Kemalangan Jalanraya - 28.07.2010

Sekarang jam 11:31pm. Syah baru lepas mandi, solat Insyak dan qada Solat Asar dan Maghrib kerana since jam 04:30pm Syah keluar office dan berada di Hospital Ampang Puteri. Hampir jam 04:30pm tadi Kak Lang Ella call Syah inform Azam (suaminya) kemalangan jalanraya.Dia inform Azam sekarang berada di HKL dan dia macam tak tahu nak buat apa. Syah minta dia suruh anak saudara Azam ke HKL tetapi katanya tak dapat dihubungi melalui telefon. Syah ingat hendak call Hafiz, tapi handphone switch off. Syah call Mamat dan dia kata dia cuti, Syah suruh dia ke HKL tengok Azam dan Syah inform Kak Long Zainab dan Kak Long call hubby dia dan Abang Tooha cakap dengan Kak Long nanti balik cerita, mungkin dia banyak kerja kot?. Akhirnya Syah call sendiri HKL dan mereka inform memang Azam sedang berada di bahagian Kecemasan - Yellow Zone.

Azam di HKL dengan kawannya dan Syah minta no kawan dia daripada Kak Lang. Mula-mula call tak dapat. Kak Lang inform kawan Azam kata nak referkan Azam ke Ampang Puteri. So Syah call Mamat cakap tak payah ke HKL kerana Azam akan dihantar ke Ampang Puteri. Disebabkan semua orang tak available, Syah ambil keputusan untuk ke HKL. Masa Syah nak keluar my Boss, Dik Noor tiada dan Syah minta Din maklumkan dia yang Syah hendak ke hospital kerana ada saudara kemalangan. Masa nak naik lif Syah call sekali lagi nombor kawan Azan tu dan dapat. Dia inform mereka akan bawa Azam ke Ampang Puteri. So Syah buat decision untuk terus ke Ampang Puteri.

Dari office Syah naik LRT sehingga Ampang Park dan kemudannya naik bas. Syah minta pemandu bas tunjukkan dimana perlu Syah turun. Akhirnya sampai lebih kurang jam 05:30pm dan Syah sempat beli fruit dan terus ke Emergency Ampang Puteri. Masa nak tanya pasa Azam dikaunter, Syah lihat filenya ada. Mereka suruh Syah masuk tapi tak jadi kerana dia dibawa ke bilik X-ray. Lepas tu baru Syah nampak dia dan terus masuk ke Emergency Ward.

Kesian Azam, Syah tengok baju dan seluarnya ada kesan darah. Katanya ada luka yang masih berdarah. Tangan kirinya dikawasan siku tu membengkak, besar sangat . Sayang tak dapat nak tunjuk sebab kamera rosak. Azam inform Syah perkara ini berlaku tengahari tadi semasa dia dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat di Ibusawat Telekom Bangsar. Ada lori mengesel dia dan dia jatuh. Pemandu lori tu (Indian) tahankan teksi dan minta hantar Azam ke HKL. Syah tanya Azam ada ambil tak no lori tu dan katanya tak ada. Kemudian doktor datang dan Syah lihat sekali X-ray tu. Doktor kata tangan Azam patah dan sendinya telah bergerak dan pembedahan perlu dilakukan dengan segera.

Masa itu juga bahagian emergency siapkan Azam untuk masuk OT (bilik bedah). Mereka tanggalka pakaian Azam dan pakaikan uniform biru untuk pembedahan. Lama juga menunggu. Syah query nurse bila boleh masuk wad, katanya wad sedang dibersihkan dan minta Syah tunggu Azam di OT Room. Beberapa minit kemudia mereka kata nak masukkan Azam ke Wad dahulu sementara menunggu gliran untuk masuk bilik OT. So Azam masuk ke Bilik 433, Tingkat 4, Ampang Puteri Medical Center. Syah call Muss minta dia ambil Syah di Ampang Puteri.

Jam 07:05pm mereka tolak Azam ke OT room. Syah tanya nurse berapa lama operate dan nurse tu inform 1/2 jam siaplah dia gerudi. Lepas salam Azam, Syah turun kebawah ingat hendak beli fruit dan nampak Muss dan CD. Mereka ajak Syah makan dan we all dinner di Kampung Thai 32 Seafood Restoran Sdn Bhd. Syah belanja. Syah makan Tom Yam Meehon Soup - RM 16.00 dan Green Tea - RM 2.00, Muss pula Garlic Baby Kailan (S) - RM12.00 dan Green Tea - RM2.00 manakala Cd, Petai Prawns Paste Fried Rice - RM12.00, Prawn & basil Omelette (S) - RM14.00 dan Watermelon - RM6.00. Mereka beri keropok, Syah ingat complimentary rupanya kena caj RM3.00. Semuanya RM73.70.

Lepas makan cepat-cepat ke hospital semula takut Azam sudah keluar. Tapi bukan 1/2 jam dalam ot room tapi hampir dua jam rupanya. Kak Lang datang bersama Razak, anaknya Ajim, Rahimah dan adik perempuannya. Sudah hampir jam 10:00pm baru Azam keluar dan misi panggil Syah dan Kak Lang masuk untuk lihat Azam. Nurse kejutkan dia dan Syah nampak dia buka mata dan senyum tapi masih lagi laluk akibat kesan bius. Nurse inform mereka tanam besi kat tulang Azam. Beberapa minit kemudian mereka tolak Azam masuk ke wad semula. So jadi penuh bilik tu mana taknya Syah, Cd, Muss, Ajim, Izat, Firdaus, Razak, Rahimah dan adiknya. Spent time sekejap dan we all semua balik. Masa di bawah jumpa kawan Kak Lang baru sampai untuk melawat.

Disebabkan Azam baru operation Syah minta anak sulungnya stay untuk tengok-tengokkan Azam terutamanya bila hendak buang air kecil/besar. Jadi tak sekolahlah Firdaus esok. Syah beritahu dia macam mana nak minta pertolongan daripada nurse jika ada masalah. Insyallah dia boleh jaga bapanya dan dengan cara ini dia akan lebih rapat dengan ayahnya. By the way anak bongsu Kak Lang ada problem dalam perut dan selalu kata sakit dan Syah lihat memang sakit sangat dan bila sakit tu datang sampai macam nak menangis dia. Esok Cd kata hendk hantar Kak Lang ke Ampang Puteri. Jadi Syah minta Kak Lang ke kelinik panel TM dan minta referal letter untuk anaknya ke Ampang Puteri dan bolehlah Syah uruskan perkara ini esok. Esok Syah kena cuti tapi terpaksa ke office sekejap kerana kunci stor ada pada Syah dan esok sepatutnya ada appointement dengn Asset Tagging Team tapi nampak gayanya batallah.

Doa dalam Bahasa Bugis - 28.07.2010

Entry ini Syah ambil dari FB Message teman di Indonesia untuk renungan bersama. Kepada anda yang selama ini tertanya-tanya bagaimana bahasa orang Bugis cuba-cuba lah sebut sendiri mengikut ejaan tu coz macam tulah bunyinya. Selamat mencuba.

  • Berikut Admin kirimkan sebuah DARARI / DOA dalam bahasa Bugis, lengkap dengan terjemahannya. Postingan Daeng Ridwan JP Darari

DoaOo pu’waku maraja’e
De’ e’lo u’leku
O’suju ma’sompa
Mapaka’tuna a’le

Oh, Tuhanku Yang Maha Agung
Kulemah dihadapan-MU
Sujud ku menyembah-MU
Kuhanyalah hamba-MU

Porennu’i a’dapemu’
A’masei’ka pakule’a
We’re ka’ a’wata’nge
Tu’wo ri’lino’e

Kuharap Ampunan-MU
Ridho segala upayaku
Berilah aku kekuatan
Menjalani hidup di dunia-MU

Biuka wa’mina’sa
Ma’tuntu’ pa’ngisengen
Bokong te’mawa’ri
Su’lo ri lolange’ku

Inilah harapan anak Yatim Piatu
Menunutut Ilmu
Sebaga bekal abadi
Obor penerang hidupku

A’ja u’wanrasa’rasa
Le’le ma’pale
Ri’pada’ku ri’pancaji
Ri’matowaku ma’ti

Semoga hamba tidak hidup susah
Kemana-mana menengadkan tangan
Kesemua Mahluk ciptaan-MU
Dihari tuaku kelak

Tayar Bas Punctured - 28.07.2010

Pagi nie Syah bertolak ke tempat kerja dari Rawang Residence lagi. Masa tunggu bas macam biasa breakfast dengan Jusmate 5. Jam 06:30am bas tak sampai lagi........ Bila refer jam sudah 06:45am. Alamak manalah perginya bas nie. Kalau waktu begini dia tak datang memang petanda ada masalah. Dalam fikiran Syah nak jalan kaki sampai Stesyen KTM coz sudah tak ada cara lain. Ialah, kan Syah nie sorang-sorang jer di Rawang nie, takkan nak kejutkan jiran suruh hantar Syah ke Bandar Rawang pula. Jadi Syah malas nak fikir, terus jalan kaki dan kebetulan ada dua orang Aci ikut jalan sekali dan Syah sembang sama-sama dia. Dia kerja kat Sekolah depan tu. Masaberjalan tu, we all nampak ada bas mini dan rupanya tayar dia bocor dan tak boleh jalan. Patutlah bas tak ada. So Syah dan Aci tu pun teruskan perjalanan. Adalah hampir 15 minit we all jalan dan Syah nampak ada bas lain masuk dan suruh Aci tu tahan dan bas tu berhenti. Jam sudah hampir jam 07:00pm. Syah dan Aci tu pun naiklah bas tu dan biasalah kalau waktu nie keluar mesti jalan sesak kerana ada tiga buah sekolah kat pintu masuk depan tu. Semenjak Khamis hari tu driver biasa tak bawa bas tu, mungkin mereka cuti kot? Sampai kat sekolah dah stuck jalan sesak. Biasalah tu. Tapi apa yang membanggakan Syah masa we all lalu di sekolah tu semua orang berhenti sebagai tanda hormat kerana lagu kebangsaan Negara Ku dimainkan. Tak kira cikgu/ibubapa dan murid-murid semuanya berdiri tegak samada di pintu masuk sekolah, depan kelas, dipadang dan dijalanraya. Wahhhhhh terharunya... walau bagaimanapun ada juga segelintir yang tak reti bahasa tu berjalan tapi hanya 1% jer. Agaknya sekarang setiap pagi sekolah mainkan lagu kebangsaan kot, coz masa Syah sekolah dulu hari Isnin sahaja lagu kebangsaan dimainkan kerana ada assembly. Masa sampai KTM train sudah ada dan today Syah beli tiket manual kerana touch & go tak cukup credit. Sampai KL Central jam 08:30am dan sampai office adalah hampir jam 09:00am. Ingatkan nak cuti tapi tengah ada kerja, so lambat pun lambatlah, nak buat cam mano Jang?.

GCEO TM dapat Datuk Seri - 28.07.2010

Dato' Sri Zamzamzairani bin Mohd Isa
Group Chief Executive Officer TM

Hari ini kebetulan Syah ke Bahagian Akaun untuk submit Journal dan sambil menunggu giliran tu Syah baca Utusan Malaysia. Selak punya selak ternampak gampar Group Chief Executive Officer Telekom Malaysia Berhad, Dato' Zamzamzairani Mohd Isa. Nampak pakai baju melayu dan bertanjak. Dalam hati kata, terima darjah kebesaran nie?. Yap .......Memang betul pun. Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah kepada GCEO kami nie yang telah di anugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Dato' Sri. Beliau menerima darjah kebesaran ini semalam 27.07.2010 dalam satu istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat sempena hari keputeraan Sultan Panang ke-79 yang diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. Dalam istiadat ini, KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan mencemar duli menganugerahkan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang kepada 143 orang penerima. Mungkin kadangkala kita keliru dengan ejaan Datuk Seri dan Dato' Sri. Bagi negeri pahang ejaan sebenar penerima darjah kebesaran SSAP adalah Dato' Sri manakala negeri-negeri lain dieja Dato' Seri atau Datuk Seri hanya Pahang sahaja menggunakan Ejaan Sri. Jangan keliru jika anda dapati dalam akhbar dieja Datuk Seri bagi darjah SSAP ini kerana alasan mereka mengikut daftar ejaan Kamus DBP walaupun dari segi protokolnya adalah tidak tepat kerana ejaan sepatutnya mengikut darjah kebesaran negeri berkenaan.

Tuesday, July 27, 2010

Tuanku Mizan Rasmi Tilawah Al-Quraan Peringkat Antarabangsa - 27.07.2010

Sebentar tadi lebih kurang jam 09:54pm Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah merasmikan Tilawah Al-Quraan Peringkat Antarabangsa kali ke-52 yang diadakan dengan penuh gilang gemilang di Putra World Trade Center, Kuala Lumpur. Turut mengiringi baginda adalah SPB Raja Permaisuri Agong. Hadir sama pada malam ini adalah TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Isteri, TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Isteri, Perdana Menteri dan Isteri serta Datuk Mashitah Ibrahim. Tema Tilawah pada tahun ini adalah Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah. Seramai 76 peserta daripada 47 buah negara akan memperdengarkan bacaan al-quraan pada tilawah tahun ini yang akan berlangsung selama lapan hari mulai malam ini. Daripada jumlah 76 peserta, 47 orang daripadanya adalah qari dan 29 orang adalah qariah.

Sebagai pembuka acara pada malam ini, para hadirin dan hadirat telah diperdengarkan dengan bacaan al-quraan oleh Ahmad Tarmizi Haji Ali dari Malaysia. Beliau berumur 25 tahun berasal dari Terengganu merupakan pelajar Lepasan Institute Darul Quraan dan sekarang bertugas sebagai Imam dan pengurus Masjid Hidayah Kelana Jaya, Selangor. Beliau merupakan Johan menghafal ql-quraan peringkat kebangsaan 2010.

Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah telah berkenaan mencemar duli untuk istiadat Persembah kenal kepada para juri dan kesemua wakil-wakil qari dan qariah yang bertanding. Pada malam ini Pengerusi Tilawah telah membuat kejutan mengumumkan dalam ucapannya bahawa PM kita telah bersetuju untuk menambah budget bagi hadiah wang tunai pemenang-pemenang dan para peserta pada tahun ini. Jika sebelum ini dimaklumkan bahawa Johan akan menerima USD 4,000.00 iannya akan ditambah kepada USD 10,000.00, Naib Johan USD 3,000 kepada USD 7,000.00, Tempat Ketiga USD 2,000 kepada USD 4,000.00 dan untuk Hadiah Saguhati pula daripada USD 1,000.00 kepada USD 1500 untuk semua para peserta.

Selepas Tilawah Al-Quraan ini dirasmikan, para tetamu dihiburkan dengan persembahan lagu tema Tilawah kali ini iaitu Al-Quraan oleh Kior Jemputan dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, manakala Nora Ariffin pula menyampaikan lagu bertajuk Pedoman.

Majlis Tilawah pada malam pertama ini dimulai dengan bacaan ayat 106 surah Al-Baqarah oleh Qari dari Moroco, Abdelkrim. Peserta keuda pula merupakan qariah dari Sinegal bernama Nedey membaca bermula ayat 147 surah Al-Baqarah. Peserta Ketiga, Mohd Munir dari India membaca bermula ayat 132 surah Al-Anaam. Seramai tiga orang peserta telah dipilih untuk memperdengarkan bacaan Al-Quraan pada malam pertama ini. Setiap peserta diperuntukkan masa lebih kurang 5 minit untuk memperdengarkan bacaan masing-masing.

Tilawah akan bersambung esok ditempat yang sama bermula tepat jam 08:30pm dan anda semua dijemput hadir bagi menyemarakkan Tilawah Al-Quraan Peringkat Antarabangsa 2010 ini. jika anda tiada kesempatan, anda boleh menyaksikannya secara langsung di TV1. So kita ada tujuh malam lagi untuk bersama-sama qari dan qariah ini di Dewan Merdeka, PWTC. Lebih kurang jam 10:40pm tadi Tuanku Mizan telah berangkat pulang meninggalkan majlis didahului dengan lagu Kebangsaan Negara Malaysia - Negara Ku.

Touch & Go Meragam - 27.07.2010

Pagi nie dari Rawang Residence. Handphone tertinggal di office kerana terlupa nak ambil masa charge baterinya. So pagi nie tak ada alarm tapi still bangun jam 05:00am walaupun tanpa deringan handphone atau kokokan ayam jiran. As usual mandi, solat, bersiap, tunggu bas sambil breakfast dengan Jusmate 5, naik train yang hendak ke Singapura (tak naik komuter today). Everything jalan lancar KECUALI apabila tiba di KL Central. Nak jadi cerita kedua-dua pintu masuk Stesyen KTM Touch & Go Machine di Entrance Gate rosak kecuali satu sahaja yang berfungsi. Bayangkan jika satu train keluar, entrancenya satu jer kena kongsi dengan passanger dari Rawang, Seremban, Kelang dan Sentul. Sampai ada seorang wanit tu menjerit kepada petugas KTM " You All Tak Ada Cara Manual Ker...... We Are in Hurry" dan staff KTM tu tak reti nak jawab apa dan diam sahaja. Orang lain semua sudah panas hati....... tak touch masalah pula nanti nak guna kad tue. Gambar tak ada coz camera Syah rosak, kalau tidak ............ anda semua boleh lihat bagaimana orang ramai mengurumuni satu mesin sahaja untuk touch kad masing-masing.

Ini adalah masalah lazim yang sering berlaku kepada perkhidmatan Touch & Go di LRT atau KTM. Mula-mula dulu bolehlah diterima sebagai kesilapan teknikal dan sebagainya tapi jika kekerapan tu sudah sampai ke tahap maksima ini sudah menjadi sesuat yang serious dan perlu ada penyelesaian secepat mungkin. Keadaan ini menyukarkan kami semua sebagai pengguna. Sistem ada, cangih lagi tu tapi tak dimanage dengan betul menyebabkan sistem yang dikatakan usser friendly tu Tak Friendly Langsung. Pihak pengurusan KTM atau LRT harus berbincang dengan Touch & Go untuk mengatasi masalah ini demi kepuasan pengguna dan mencari penyelesaian terhadap masalah ini secepat mungkin terutamanya yang melibatkan kawasan-kawasan kritikal seperti di KL Central terutamanya. Bila mesin tu rosak yang dapat nama buruk KTM dan LRT juga dan pengguna tak katapun salah Touch & Go. Memalukan negara sahaja kalau pelancung asing menyaksikan apa yang berlaku dalam pengurusan sistem pengangkutan negara kita nie. Tambang makin lama makin naik tapi perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan semakin bertambah buruk dan menyusahkan.

Monday, July 26, 2010

BZ Week - 27.07.2010

Minggu ini memang Syah sibuk kerana aktiviti account closing for the month of July 2010. Muss pula outstation lagi minggu nie bukan mengaudit tapi ada teambuilding dan Cd macam biasalah dengan aktiviti 7Enya. Pagi nie Muss bertolak ke Port Dickson dan menginap di Eagle Ranch untuk program motivasi Felda hingga hari Rabu. Khamis baru balik dan on Friday pula Muss akan bertolak ke Water World, Gambang, Pahang kerana ada family day office dia. Muss kata Water World tapi tak silap Syah Gambang Water Park adalah. Apa-apa Jer Lah, Syahpun bukan kaki jalan sangat nak tau semua benda? Since dia nak ke Pahang, Cd tumpang sekali balik kampung. Ahad baru balik KL dan Muss minta Syah tengok-tengokkan kucing dia. Alamak baru sekejap tadi ke kelinik semula sebab alahan tu ada lagi dan minta ubat dari doktor. Sekarang nie kena kat muka sedikit .............. ada red spot di pipi kiri. Kena jaga kucinglah pulak............... Huhuhuuuhu

Seminar Keterampilan Bertutur - 26.07.2010

Inilah pic seminar keterampilan bertutur semalam yang Syah inform dalam entry sebelum ini. Seminar ini dijalankan di Kuala Lumpur International Hotel, Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur. 1st pergi Syah tersalah hotel, Syah ke Hotel Brisdel (tak ingat ejaan) dan waktu tu sudah hampir jam 08:30am. Lambat lah jawab nya nanti nie ....... So tanpa buang masa Syah masuk hotel tu dan tanya mereka dimana KLIH dan mereka inform di belakang sahaja. So Syah redah jer jalan kat belakang hotel tu dan akhirnya jumpa juga ke KLIH. Rupa-rupanya hotel ini terletak diantara Chow Kit dan Kampung Baru. Program habis jam 05:00pm. Memang best tenaga pengajarnya dari ANGKASA dan para perserta lagi best dan sporting. Dalam kelas nie we all banyak melakukan aktiviti dan tak ada masa nak mengantuk pun? F&B memuaskan, cuma tempat duduk sahaja penuh dan terpaksa mencari tempat duduk sendiri kerana ada company lain juga buat seminar. Syah mamam Salad dan meehon sup. Balik pula singgah ke KLCC makan Meehon Sup Sayur, banyak makan hari nie tapi semuanya sayur. Masa nak ke KLCC tu, Syah jalan kaki ke LRT Kampung Baru dalam hujan sampai basah kasut dan stokin. Sampai KLCC keringkan guna hand dryer kat toilet LRT KLCC. Boleh..............
Camera Syah lambat lagi siap untuk diperbaiki, sebab tulah banyak entry tak ada pic. Heheheheheh. Ini group Syah masa role play buat cerita mengenai kejiranan. Syah baju hitam tersorok tu .... saja tunjuk gambar yang ini coz gambar penuh tak boleh keluar blog lagi sehingga mencapai target.................. Itew.

FIESTA DURIAN 2010 - 26.07.2010

Berita baik untuk anda yang berminat atau gilakan durian. Tak payah ke pasar malam, pasar tani atau supermarket untuk beli durian terutamamnya warga KL yang sentiasa sibuk bekerja coz masa rehatpun boleh dapatkan durian dengan mudah. Macam mana yek, Begini ................

Sempena Sambutan Ulangtahun ke-16 Muzium Telekom tahun ini, mereka akan menganjurkan pelbagai acara menarik di sepanjang tahun 2010. Salah satu programya adalah kerjasama dengan sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu FAMA atau Federal Agriculture Marketing Authority untuk mengadakan pesta durian yang dinamakan “Fiesta Durian 2010 @ Muzium Telekom”. Dalam program ini mereka akan mengadakan jualan buah-buahan secara besar-besaran selama tiga hari berturut-turut.

Program akan dijalankan seperti berikut :-

Tarikh : 27 Julai 2010 hingga 29 Julai 2010
Masa : 10 pagi – 8 malam
Tempat : Laman Muzium Telekom, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur

Tiket masuk berharga RM15 seorang dan anda boleh makan durian sampai kenyang, bak kata orang putih eat-till-you-drop. Selain daripada itu, akan diadakan juga kuiz buah-buahan tempatan Malaysia, peraduan meneka berat buah-buahan tempatan dan yang paling best Pertandingan Makan Durian. Senang saja nak kesini, lokasinya berhampiran Menara Maybank dan Puduraya (yang sedang renovation tu). Untuk sebarang keterangan lanjut, anda boleh menghubungi Muzium Telekom di talian 03-2031 9966.

Kalau dah sampai kesini jangan lupa melawat Muzium kami sekali. Tentu ada diantara anda yang tidak tahu kewujudan Musium Telkomunikasi di negara kitakan? Jika anda ingin melihat sendiri rentetan sejarah perjalanan sistem telekomunikasi negara kita, sudi-sudikanlah melawat Muzium Telekom dan sudah tentu anda tidak akan berasa hampa.

So APa LAgi .................... Kan DURIAN tue ................ JOM KITA Serang Muzium Telekom Ramai-Ramai.

Sunday, July 25, 2010

Mimpi Lagi - 25.07.2010

Mimpi.... mimpi lagi subuh tadi. Mengapa agak kerap mimpi pula sekarang nie.... hemmmmm....... . Mimpi subuh nie tadi macam Syah dengan kawan-kawan naik bas tetapi Syah tertinggal beg pakaian Syah dalam bas tu. Bila kawan-kawan nak balik baru Syah teringat beg tiada. Macam mereka balik dulu dan Syah tunggu bas yang Syah naik tu untuk ambil semula beg Syah. Dalamnya ada pakaian Syah. lepas tu tak ingat lah samada Syah balik terus atau tunggu bas tu. Mungkin Syah terfikir pasal cermin mata Syah tertinggal kat office kot? Jumaat lepas masa di Midvalley nak pakai cermin mata tapi tak ada. Mungkin Syah tertinggal dioffice kot coz tanya pemandu shuttle bus, dia kata tak ada orang serahkan pada dia. Isnin nie nanti Syah check kat office. Malam tadi masa tidur macam kena himpit lah pula - tak boleh nak bangun. Kadangkala benda macam nie berlaku pada Syah tapi very seldome ............ doktor kata mungkin Syah penat....... yer lah kot.

Sekarang sudah hampir jam 06:08am dan Syah nak mandi, Solat dan bersiap untuk menghadiri seminar anjuran Kelab TM Ibupejabat di KLIH. Ok........ take care semua.........

Ahad - 25.07.2010

Hari ini Syah di KL Residence dan jam 05:15am Syah terbangun kerana memang dah kunci alarm dari malam tadi lagi. Hari ini Syah akan menghadiri Seminar Ketarampilan Diri dan Bertutur anjuran Kelab TM Ibupejabat Cawangan Menara TM. Seminar ini akan diadakan di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH), Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur senang cakap dekat Chow Kit Road Tu. Semenjak menggunakan perkhidmatan LRT, Sudah berzaman Syah tak jejak kaki ke Chow Kit Road dan macam manalah keadaan disana sekarang. Pendaftaran bermula jam 08:30am dan seminar dijangka berakhir jam 05:00pm. Kalau ikut schedule ianya bermula dengan sessi pendaftaran, taklimat dan sesi suai kenal. Topik yang akan disampaikan pula adalah mengenai membina Semangat Positif Untuk Bertutur, mendengar, berfikir dan bertutur. Pada sebelah petangnya pula akan diadakan bengkel dan latihan, talk mengenai menangani tekanan minda dan perasaan semasa bertutur dan Penampilan diri. F&B disediakan dari Sarapan, minum jam 10:00pm, lunch dan tea. Tengah fikir nak kesana macam mana. Paling senang naik LRT turun KL Central dan ambil Monorail. Tapi rasa macam buang masa jer coz jalannya berpusing-pusing. Alternatif lain mungkin Syah naik LRT dan turun Kampung Baru dan lepas tu jalan kaki ke Chow Kit....... rasanya itu lebih mudah dan dekat. Nak naik bas tak tahu macam mana dah tak ingat sudah.........

Saturday, July 24, 2010

Kecoh Lagi Hal Sultan Kelantan - 24.07.2010

Ini adalah suntingan Entry Syah pada 23.07.2010 bertajuk Sultan Kelantan Selamat Pulang ke Kota Baharu.

  • Kosmo melaporkan Pakar Perubatan Al-Sultan Kelantan, Kolonel Dr. Amir Ramli menasihatkan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan akhbar mengenai tahap kesihatan Sultan Kelantan. Beliau mendakwa arahan ini adalah titah Tuanku kepada beliau semasa di singapura. Beliau juga memaklumkan Datuk Halim bukanlah seorang doktor dan ada sesetengah kenyataanya melanggari Etika Perubatan Pesakit dan mengaibkan Al-Sultan Kelantan dan kerabat baginda.
Semalam Datuk Abdul Halim Hamad selaku Pengelola Istana DiRaja telah membuat kenyataan akhbar berhubung isu ini. Syah terbaca dalam Berita Harian hari ini. Dalam sidang akhbarnya itu beliau memaklumkan bahawa :-

  • Doktor peribadi Al-Sultan Kelantan tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan kepada pegawai-pegawai yang bertugas di Pejabat Sultan Kelantan kerana beliau tidak pernah dilantik oleh ATM untuk bertugas di Pejabat Sultan Kelantan.
  • Tindakan Kolonel Dr. Amir Ramli ini sebenarnya boleh mengelirukan rakyaat. Beliau tidak berhak untuk membuat sebarang teguran melalui media dan memberi arahan kepada pegawai yang bukan dibawah kawalan beliau.
  • Nasihat Datuk Halim kepada Dr Amir ............orang luar jangan kacau daun, negara kita ada undang-undang. Maksudnya disini buat sahajalah kerja sendiri dan biarlah orang yang disahkan disisi undang-undang sahaja menjalankan tugasnya.
  • Al-Sultan Kelantan telah melantik secara sah Datuk Halim sebagai Pengelola Istana DiRaja untuk menjaga pentadbiran istana dan menjunjung titah Tuanku sama ada melalui lisan atau bertulis. Beliau memaklumkan segala tindakan yang dilakukan harus berpandukan kepada titah Sultan Kelantan sebelum baginda gering dan hendaklah berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa. Sebelum baginda gering, baginda sering memaklumkan kepada Datuk Halim mengenai cara bertugas di Istana. Sehubungan dengan itu beliau tahu apa yang perlu dibuat.
Berdasarkan lapuran akhbar selama ini boleh dikatakan banyak perkara yang tidak betul berlaku di Istana Kelantan. Sebab itulah Pemangku Raja Kelantan ada mengeluarkan arahan supaya masyarakat hanya menggunapakai kenyataan dari sumber yang sah sahaja iaitu kenyataan dari baginda sendiri dan Pejabat Sultan Kelantan dan bukannya dari sumber-sumber yang tidak rasmi. Kerabat Diraja Kelantan semakin glamour sekarang ini, dulu orang tak ambil kisahpun tentang mereka. Bermula dari Kes Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Fakhry didakwa mendera isteri Indonesianya, Al-Sultan Kelantan Gering dan digantikan oleh Pemangku Raja Kelantan, Pengakuan Isteri kedua Al-Sultan Kelantan, Kisah Isteri kedua Al-Sultan Kelantan yang menuntut haknya yang dinafikan oleh pihak-pihak tertentu, Penguguran Tengku Fakhry dari senarai waris tahta, Rombakan dan perlantikan baru Majlis Perajaan Negeri Kelantan, Penahanan Al-Sultan Kelantan dari dihantar ke Singapura dan pertikaman lidah pihak Pejabat Istana Kelantan dan orang yang rapat dengan Al-Sultan Kelantan sehingga ada pihak-pihak tertentu mengeluarkan kenyataan berdasarkan TITAH TUANKU yang belum tentu kebenarannya terutamanya isu Al-Sultan Kelantan menceraikan Cik Puan Elia Suhana yang masih lagi belum selesai kesnya di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan. Sebab itulah Nik Aziz kata ini sebenarnya merupakan ISU KELUARGA ...........................

Najib Sambut Hari Lahir - 24.07.2010

Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir ke-57 kepada "Malaysian Birthday Boy" yang amat kita sayangi tak lain tak bukan Perdana Menteri kita YAB Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak atau lebih mesra dengan panggilan Najib Tun Razak. Beliau dilahirkan pada 23 Julai 1953. Tahukan anda bahawa anak sulung kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini mempunyai darah keturunan diraja Bugis disebelah ayahnya iaitu Mantan Perdana Menteri Malaysia kedua iaitu Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein Al-Haj. Najib merupakan keturunan bangsawan suku Makasar. Jalur keturuna Najib bermula dari Raja Gowa (kerajaan makassar) ke-16 bernama I Mallombasi Daeng Mattawang Karaeng Bonto Mangape Muhammad Bakir yang bergelar Sultan Hasanuddin memiliki putra bernama I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone atau Sultan Abdul Djalil Tumenanga ri Lakiung, Raja Gowa ke-19. Salah satu dari putera Sultan Abdul Djalil ini merantau ke Pahang, dan merupakan keturunan Najib Tun Razak.


Malam tadi satu majlis doa selamat dan kesyukuran sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-57 telah diadakan di Seri Perdana. Turut serta dalam majlis ini adalah Datin Seri Rosmah Mansor dan dua orang anak mereka Nooryana Najwa dan Nor Ashman Razak, Bonda Najib, Tun Hajah Rahah binti Dato' Mohd Noah, TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri-menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri, para pemimpin Umno dan komponen Barisan Nasional yang lain. Majlis dimulakan dengan sembahyang Maghrib, diikuti bacaan doa selamat dan tahlil, solat Isyak dan seterusnya solat hajat. Dalam majlis makan malam pula, Najib memotong pulut kuning dengan diiringi nyanyian Selamat Hari Jadi daripada para jemputan.

Najib Tun Razak bersama keluarga. Cuba teka mana satu dia "Birthday Boy" itew................... Jawapannya sudah tentulah dibelakang Ayahnya Tun Razak, sebab itu beliau mengikuti jejak langkah ayahnya sebagai PM Malaysia bak kata orang kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Najib berkahwin buat pertama kali pada 1976 dengan salah seorang kerabat DiRaja Kelantan iaitu Tengku Puteri Zainah bt Tengku Eskandar. Walau bagaimanapun jodoh beliau tidak panjang dan berpisah pada 1987. Najib kemudiannya berkahwin dengan Rosmah Mansor hingga sekarang. Hasil daripada dua perkahwinan ini Najib dikurniakan dengan lima orang cahayamata iaitu Mohd Nizar, Puteri Norliza, Mohd Nasifuddin, Nooriyana Najwa dan Nor Ashman Razak.

Akhir Kata Selamat Hari Lahir kepada PM Yang Amat Kita Kasihi Semuga DiPanjangkan Umur dan DiMurahkan Rezeki disamping Dapat
Mentadbir Kerajaan Malaysia dengan Adil dan Saksama.


AMIN

Friday, July 23, 2010

Azrinaz Mahzar Hakim - 23.07.2010

Azrinaz sewaktu menjadi isteri Sultan Brunei dan dengan penceraian beliau sebulan yang lepas segala gelaran DiRaja dan Darjah Kebesarannya dilucutkan serta merta oleh Sultan Brunei.


Hari ini Utusan Malaysia mengeluarkan artikel mengenai Janda Sultan Brunei, Azrinaz Mahzar Hakim. Akhbar itu memperkatakan mengenai tanda tanya dimana Azrinaz berada sekarang kerana tiada sesiapapun mengetahuinya manakala laman web social facebook beliau juga telah ditutup. Syah sendiripun yang selalu menulis mengenai kerabat diraja ini tidak pernah terlintas difikiran untuk mengetahui dimana beliau berada sekarang. Kalau soalan itu ditanya kepada Syah, Sudah tentu jawapannya dia masih di Brunei dan tidak mungkin Sultan Brunei sanggup melepaskan waris-warisnya menjalani kehidupan sebagai seorang rakyat biasa. Sultan Brunei adalah seorang yang bertanggungjawab dan Syah pasti dia tidak akan melepaskan zuriatnya kepada orang lain dan Azrinaz terpaksa berada di Brunei jika ingin berdampingan dengan putera dan puterinya yang masih kecil yang tidak faham apa yang berlaku kepada kedua ayahanda dan bondanya. Perlu kita ingat Sultan Brunei adalah Pemerintah Monarki Penuh Brunei dimana Baginda adalah Pemerintah Kerajaan yang mempunyai kuasa eksekutif bukan seperti Yang di-Pertuan Agong atau Sultan-Sultan di Malaysia. Bagi Syah biarlah Azrinaz menjalani kehidupannya sendiri dan adalah tidak wajar bagi kita untuk mengetahui hal peribadi beliau. Bak kata orang dia sudah pencen dari tugas-tugasnya dengan kerajaan Brunei dan biarlah dia berehat tanpa sebarang gangguan. Dia juga manusia biasa seperti kita, tak lari dari melakukan sebarang kesilapan. Beliau sudah jadi seperti kita semua, tanpa body guard, tanpa gelaran, tanpa disembah dan tanpa keistemewaan sebagai seorang kerabat DiRaja Brunei. Mungkin anda ada terfikir mengapa Azrinaz bercerai dengan Sultan Brunei yang terkenal dengan kekayaannya itu, TETAPI Kita perlu ingat Wang bukanlah segala-galanya dalam mencapai kebahagiaan hidup di dunia yang fana ini.

Dalam Kenangan :- Azrinaz dimajlis cukur jambul Putera Sulungnya di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam.

Mimpi Lipan - 23.07.2010

Subuh pagi tadi sebelum bangun tidur Syah bermimpi. Rasa macam banyak lipan dekat Syah dan ada yang Syah dapat bunuh dan halau. Tetiba rasa ada seekor dah melekat di badan Syah tapi Syah dapat alihkan dia tanpa dia gigit Syah. Lepas tu Syah bangun tidur. Cuba call Kak Long Zainab lepas solat Jumaat coz nak tanya kalau dia boleh tafsir mimpi Syah tapi katanya tak boleh cakap di telefon sekarang kerana dia hendak ke Melaka ikut Abang Tooha ada kursus. Tak per Lah………….

Thursday, July 22, 2010

Sultan Kelantan Kembali Ke Kota Baharu - 23.07.2010

Keberangkatan Pulang Al-Sultan Kelantan dan Rombongan DiRaja dari Singapura Semalam 22.07.2010 di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Cepa, Kota Baharu, Kelantan.
:-Gambar diambil dari Utusan Malaysia

Shukur Alhamdulillah kerana Al-Sultan Kelantan, KDYMM Tuaku Ismail Petra ibni Al-Marhum Sultan Yahaya Petra telah selamat berangkat pulang dari Singapura ke Kelantan Darul Naim semalam 22.07.2010. Baginda ke singapura untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Mount Elizabeth pada hari Khamis bersamaan 15.07.2010. Baginda dan rombongan berangkat pulang menaiki pesawat khas Kerajaan Malaysia dari Changi Airport, Singapura dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 01:20pm. Turut mengiringi baginda adalah Raja Perempuan Kelantan, DYMM Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid, Putera-Putera Baginda, YTM Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan YTM Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra.


Turut kelihatan berada di lapangan terbang bagi menyambut kepulangan Al-Sultan Kelantan adalah kekanda baginda, Tengku Salwani, Tengku Merjan, Tengku Rozan dan kerabat diraja kelantan yang lain kecuali Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra, Menteri Besar Kelantan, barisan exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias, Pengelola Istana Diraja, Datuk Abdul Halim Hamad dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri


Beberapa kenyataan individu dan akhbar telah dikeluarkan berhubung keberangkatan pulang Al-Sultan Kelantan seperti berikut :-


  • Tengku Muhammad Fakhry menggangap ketidakhadiran Menteri Besar, exco-exco negeri Kelantan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Aiseri Alias, Pengelola Istana Diraja, atuk Abdul Halim Hamad dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri untuk menyambut keberangkatan pulang baginda adalah sebagai tindakan yang biadap dan diharap tidak akan berulang lagi.


  • Al-Sultan Kelantan telah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa baginda melalui Tengku Muhammad Fakhry berhubung ketidak hadiran individu-individu berkenaan dan kenytaan ini telah dimaklumkan oleh Tengku Fakhry kepada pihak media lewat petang semalam melalui fax.


  • Melalui Tengku Fakhry juga, Al-Sultan Kelantan menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Kelantan yang sentiasa mendoakan kesihatan baginda supaya segera sembuh dan selamat kembali daripada menjalani rawatan tersebut.


  • Tengku Fakry memaklumkan Keadaan kesihatan Al-Sultan Kelantan berada pada tahap yang amat baik dan berdasarkan laporan terkini pemeriksaan doktor-doktor pakar di Singapura, Tuanku mempunyai keupayaan minda dan fizikal yang baik dan boleh membuat apa-apa keputusan dengan sendiri.


  • Dalam Utusan Malayusia hari ini memaklumkan banyak pihak menuding jari kepada Nik Abdul Aziz kerana gagal melaksanakan tugas memberikan nasihat kepada institusi diraja tersebut untuk menyelesaikan kemelut itu sehingga ia berlarutan. Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas bagaimanapun menjawab ‘senyap adalah nasihat’, disebabkan itu beliau mengambil sikap mendiamkan diri kerana menganggap isu tersebut hanya melibatkan masalah kekeluargaan.


  • Kosmo melaporkan Pakar Perubatan Al-Sultan Kelantan, Kolonel Dr. Amir Ramli menasihatkan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan akhbar mengenai tahap kesihatan Sultan Kelantan. Beliau mendakwa arahan ini adalah titah Tuanku kepada beliau semasa di singapura. Beliau juga memaklumkan Datuk Halim bukanlah seorang doktor dan ada sesetengah kenyataanya melanggari Etika Perubatan Pesakit dan mengaibkan Al-Sultan Kelantan dan kerabat baginda.

Walau apapun kenyataan yang dikeluarkan samada oleh pihak akhbar atau idividu tertentu, Adakah anda semua menyedari bahawa tidak ada seorang pemberitapun dapat menemubual Al-Sultan Kelantan yang dikatakan semakin pulih itu, malahan semua kenyataan yang dikeluarkan adalah berdasarkan Titah Al-Sultan Kelantan atau dalam bahasa yang mudah difahami "Sultan Kelantan Beritahu Saya macam ini.... macam itu...... Samada titah itu benar atau tidak hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Wednesday, July 21, 2010

BZ - 22.07.2010

Sekarang jam 09:34pm dan Syah masih dioffice menguruskan dokumen perolehan kerana account closing sudah mangkin hampir - minggu hadapan. Tension betul coz banyak perolehan yang usser submit ada masalah, Sistem pula slow........ Apa-apapun shukur alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Tak sempat nak buat entry macam biasa today. Inilah "penyakit" Syah tiap-tiap bulan sebelum account closing. Hehehhehe

Baru tadi lampu office terpadam dengan sendirinya. Memang macam tu tapi sekarang hanya Syah berdua dioffice nie. Seorang tu perempuan, Exec Account di Yayasan TM kira jiran Syahlah........ terkejut dia lampu padam tadi. Syah terus kedepan dan onkan semula. Lampu kat office nie memang automatik padam bila tiada pergerakan orang dalam office. kira autolah tu. Sekejap tadi ada maintenance group datang katanya nak buat testing lampu. Lampu akan dipadamkan sebentar........ Malam-malam depa buat testing plak yer? Oklah nak balik sebentar lagi. Jumpa anda semua dilain entry.............. Bye

Kak Lang Discharge - 21.07.2010

Petang semalam Kak Lang discharge dari Hospital Pantai Cheras. Shukur alhamdulilah pemeriksaan darah dan X-Ray mendapati tiada sebarang penyakit cuma diabetis border. Dr beri Kak Lang ubat kencing manis dan minta buat pemeriksaan berkala kandungan gula setiap minggu di kelinik. Betullah cakap misi, kalau nak keluar kena waktu office hours kalau tidak kena bayar lebih. Memang pihak hospital minta deposit RM500.00 dan Azam inform RM100.00 adalah dan mereka ambil juga. Actually bill Kak Lang ditanggung oleh company suaminya, sepatutnya tak perlu bayar apa-apa, tapi disebabkan dia keluar hospital selepas waktu pejabat dia kena bayar deposit tu. Nanti Azam boleh claim semula duit tu. So kepada anda yang masuk Hospital Pantai dan menggunakan GL please aware berhubung perkara ini.

Hujan - 21.07.2010

Pagi nie Syah dari Rawang Residence. Lupa nak kunci jam tapi terjaga jam 05:00am sebab terdengar kokokan ayam serama Azrol, jiran Syah. Untung ada ayam tu kalau tak nasib la labu .......... Masa tengah solat hujan turun rintik-rintik so Syah keluar rumah jam 06:20am sambil minum Jusmate 5. Sampai jer tepi jalan tunggu bas hujan turun mencurah-curah dan Syah berteduh bawah pokok coz nak balik lagilah lenjun dibuatnya. Sambil berdoa cepatlah bas sampai. Adalah 10 minit dalam hujan dan bila naik bas habis basah kuyup. Tambah basah apabila ada kereta laju dan air tepi jalan tu tersembur kat Syah. Tensionnyer................ Sebenarnya seberang jalan tu ada apek tunggu bas juga dan dia pakai payung. Nak tumpang sekaki malas nak tanya dan dia pun tak offer. Masa naik bas tadi dia nak duduk kat seat depan dan Syah pun nak duduk situ. Terus Syah duduk jer dan kemudia dia duduk kat tempat lain. Mengigil kesejukan sampai lah ke office. Lunch tadi baru baju rasa kering sepenuhnya. So lain kali kepada anda semua kena standby baju hujan atau payung kecil untuk mengelakkan kejadian macam Syah nie terjadi kepada anda. kan orang-orang tua-tua pernah cakap "Sediakan Payung Sebelum Hujan". Wokey................

Tuesday, July 20, 2010

Happy Birthday Tuanku Mizan - 22.07.2010

Gambar Tuanku Mizan disebelah kiri manakala dikanannya adalah Al-Marhum Sultan Mahmud, Al-Marhum Ayahanda Tuanku Mizan.

Hari ini merupakah hari lahir KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni AL-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ke 48 tahun. Baginda diputerakan pada 22 Januari 1962 bersamaan 15 Syaaban 1381 Hijrah di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu. Ayahanda baginda merupakan Sultan Terengganu ke-16 iaitu KDYMM Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Tuanku Mizan bersama Bonda Tersayang. - Gambar Ihsan dari Tengku Ismail Su

Tuanku Mizan bersama bonda tersayang mengabadikan kenangan di Istana Negara sempena Istiadat Pertabalan Sultan Mizan sebagai KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII. Semasa Al-Marhum Tuanku Mahmud menjadi Sultan Terengganu, DYMM Tengku Ampuan Besar Terengganu pada masa itu adalah YMM Tengku Ampuan Bariah ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj yang merupakan puteri kepada Sultan Selangor. Walau bagaimanapun YMM Tengku Ampuan Bariah bukanlah bonda kandung kepada Tuanku Mizan. Kebanyakan dari kita menggangap Tuanku Mizan adalah anakanda kandung YMM Tengku Ampuan Bariah tetapi sebenarnya Tuanku Mizan merupakan anakanda kepada Isteri Kedua Al-Marhum Sultan Mahmud.

Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Al-Sagoff


Inilah dia wanita yang bertuah melahirkan seorang putera sulung kepada Al-Marhum Tuanku Mahmud dan secara tidak langsung menjadi pewaris tahta kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman. Beliau adalah Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Al-Sagoff seorang wanita ayu berketurunan Syed yang berasal dari Singapura. YTM Tengku Besar Terengganu berkahwin dengan Al-Marhum Tuanku Sultan pada 15 April 1959 iaitu lapan tahun selepas perkahwinan pertama Al-Marhum Sultan dengan YMM Tengku Ampuan Bariah. YTM Tengku Besar Terengganu telah melahirkan enam orang cahayamata (tiga orang putera dan tiga orang puteri) dari tujuh orang anakanda Al-Marhum Tuanku Sultan. Salah seorang puteri YTM Tengku Besar Terengganu, Tengku Fara telah mangkat dalam usia 40 tahun akibat stroke pada 25 februari 2001.

Inilah Istana Al-Muktafi Billah terletak di Kawasan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu tempat kelahiran Tuanku Mizan dan merupakan kediaman YTM Tengku Besar Terengganu. gambar ini Syah ambil sewaktu melawat Terengganu pada 09 Disember 2009 semasa ke Kuala Terengganu, Terengganu atas urusan kerja.