Sunday, September 23, 2012

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani Hadiri Istiadat Persandingan Diraja Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Pengiran Haji Muhammad Ruzaini

23.09.2012, Ahad - Semasa menyaksikan Istiadat Perkahwinan Diraja diantara   YTM Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan YM Pengiran Haji Muhammad Ruzaini   sebentar tadi di RTB4 Live Streaming, Syah ternampak imej Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Akazul Khairi Waddien (berbaju merah) yang turut serta menghadiri istiadat ini.  YTM merupakan puteri kepada Sultan Brunei, Sultan Ahmad Tajudin dari bondanya Almarhumah Tengku Ampuan Raihani atau dikenali sebagai Tengku Ampuan Brunei.  Tengku Ampuan Raihani merupakan anakanda kepada Sultan Selangor Ke-5, DYMM Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah dan Che Puan Anjung Negara @ Cik Maimon Abdullah.

Setelah kemangkatan Ayahandanya, Sultan Ahmad Tajuddin, Bapa Saudara YTM iaitu Ayahanda kepada Sultan Hassanal Bolkiah telah diangkat menjadi Sultan Brunei yang baharu kerana Sultan Ahmad Tajuddin tidak mempunyai anak lelaki, kesemua anaknya adalah perempuan. YTM berusia hampir 77 tahun, diputerikan pada 15.10.1935 di Bandar Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan. Sewaktu Paduka Almarhum Ayahandanya mangkat, YTM baru berusia 15 tahun dan telah berangkat pulang ke Selangor bersama bondanya. Sekarang YTM menetap di Brunei dan sering terlibat dalam istiadat/upacara rasmi di Brunei.

Syah sentiasa doakan agar Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani diberikan kesihatan yang baik serta dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin

Sila click Entry mengenai YTM yang Syah buat sebelum ini :-

Sumber :- Gambar dari RTB4

No comments: