05.09.2012, Rabu - Salam dan apa khabar semua dan Syah harap anda semua dalam keadaan sihat hendaknya. Hari nie merupakan 1st day Syah bekerja setelah bercuti selma dua hari pada Isnin dan Selasa lepas. Syah cuti sebab rasa letih bekerja pada hari Merdeka serta hari Sabtu dan Ahad lepas. Ada payment yang harus diselesaikan dengan kadar segera, tu yang Syah kena kerja dan siapkan kerana waktu macam nielah boleh beri tumpuan pada tugasan tu tanpa gangguan daripada internal customer lainnya. Mulanya rasa macam malas nak kerja tetapi gagahkan juga dan jangan ikutkan rasa malas tu kerana hasutan syiatan sahaja tue.......kan?. heheheh......... Hari nie Syah naik Komuter menggunakan touch-n-go kerana tiket mingguan yang mereka offer sebanyak RM18.00 untuk seminggu perjalanan dari Rawang ke KL Sentral tu telah habis tempoh offernya. Bas dari Rawang Residence ke KTM on scheduled dan Syah sampai office hampir jam 08:30hrs.
Macam biasa dah lama cuti dan kerjapun melambaklah ................. tetapi tak mengapa kita buat perlahan-lahan, slow and steady baru tak tension. Ingatkan hendak ke Masjid Negara menyaksikan pengkebumian negara untuk Allahyarham Tan Sri Hamzah bin Abu Samah tetapi terpaksa dibatalkan kerana cuaca agak mendung dan kalau hujan takut tak boleh balik semula ke office. Apa-apapun takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham semuga mereka tabah menghadapi dugaan ini. Marilah kita bersama-sama sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarham....... Al-Fatihah........ semuga rohnya Allahyarham Tan Sri Hamzah bin Abu Samah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Sumber : Sendiri
No comments:
Post a Comment