Saturday, September 1, 2012

Shukur Alhamdulilah Tuanku Abdul Halim Sudah Sihat

01.09.2012, Sabtu - Shukur Alhamdulillah semalam Syah ternampak di TV semasa siaran berita gambar Tuanku Abdul Halim menghadiri Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka.  Syah tak dapat ikuti siaran langsung perbarisan atau menyaksikan perbarisan di Dataran Merdeka kerana ada tugasan yang perlu disiapkan dipejabat. Suka sangat melihat Tuanku telah sembuh daripada pembedahan mata (Makula) baginda yang berlangsung pada 14 Ogas lepas dan baginda dilaporkan perlu berehat selama dua minggu dan tidak dibenarkan sesiapa melawat baginda kecuali kerabat diraja terdekat dan pembantu peribadi baginda sahaja.  

Kelihatan Tuanku berkenan menerima tabik hormat daripada kawalan kehormat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan seramai 13,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam perbarisan  yang bertemakan 1Malaysia Janji Ditepati.

Sumber :- Bernama

No comments: