23.09.2012. Ahad - Pagi ini Isteri Perdana Menteri kita Datin Seri Rosmah Mansur telah menghadiri majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei yang diadakan di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman sebagai tetamu khas jemputan Sultan Brunei. Beberapa orang pemimpin negara Asean lain juga turut menghadiri majlis ini termasuk Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra, Presiden Filipina Benigno S. Aquino, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dan Menteri Luar Singapura K. Shanmugam. Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat menghadiri Istiadat pagi ini atas sebab-sebab perkhidmatan, walau bagaimanapun beliau dijadualkan turut serta dalam majlis Makan Malam yang akan diadakan pada sebelah malamnya.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment