Thursday, September 20, 2012

Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah Sah Menjadi Isteri Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini


20.09.2012, Khamis - Shukur Alhamdulillah Istiadat Akad Nikah diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannya Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub berjalan dengan lancar hari ini di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Bagawan.  Dengan sekali lafaz sahaja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah menjadi milik sepenuhnya dan bergelar Isteri kepada YM Pengiran Haji Muhammad Ruzaini.   Istiadat Akad Nikah dijalankan selepas solat Zohor sekitar jam 13:45hrs dan berakhir lebih kurang  jam 14:30hrs.  Selesai sahaja Istiadat Akad Nikah, kedengaran tembakan meriam sebanyak 21 das berkumandang diudara. 

Tahniah Syah ucapkan kepada kedua Pengantin Diraja, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan pasangannya Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub  semuga Dipanjangkan Jodoh hingga keakhir hayat serta dilindungi Allah hendaknya. Amin.

Sumber :- Naning / Jabatan Penerangan Brunei

No comments: