10.09.2012, Isnin - Salam dan Selamat Malam semua dan maaf tak ada entry berhubung raja-raja hari ini kerana Syah baru sahaja sampai dari kampung dengan anak saudara Syah, Mamat jam 22:00hrs tadi. Hari ini Syah balik kampung ziarah pusara Pak Hitam. Syah sampai ke Sungai Haji Dorani selepas jenazah dikebumikan dan Syah terus ke tanah perkuburan dan kemudiannya baru berjumpa dengan keluarga Allahyarham terutamanya Kak Nisah. Masa Syah sampai keluarga Allahyarham masih lagi ramai dan Allahyarham sebenarnya tinggal bersama Kak Nisah. Syah sempat bertanya Kak Nisah sebab-sebab kematian Allahyarham, Adalah lebih kurang setengah jam Syah di rumah Kak Nisah dan kemudiannya kami bertolak balik ke Sabak Bernam berjumpa Bonda Ejon serta Ayahanda.
Nampak tak kayu yang terpacak tu? Inilah dia lokasi jenazah Allahyarham dijumpai oleh anaknya, Kak Nisah. Sebenarnya kehilangan Allahyarham disedar semenjak pagi lagi dan mereka menjalankan usaha mencari tetapi tak berjumpa. Senja semalam Kak Nisah berdoa supaya ditemukan Ayahandanya dan selepas sahaja berdoa hatinya tergerak kekawasan pokok kekabu disebelah rumahnya. Alangkah terperanjatnya Kak Nisah apabila melihat Ayahandanya terbaring kaku dalam posisi terlentang dengan kedua belah tangannya seperti orang Azan. Allahyarham sudah tidak bernyawa lagi dan ada kesan terbakar sedikit di badannya begitu juga dikawasan persekitarannya. Yang anihnya orang yang mencari tu ada datang kekawasan ini tetapi tidak menjumpa jenazah Allahyarham. Adalah dipercayai Allahyarham kekebun dan membakar lalang. Syah tengok surat mati Allahyarham ditulis Sesak Nafas.
Marilah kita bersama-sama mendoakan keampunan dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar roh Allahyarham Pak Hitam sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh, Insyallah ...... Al-Fatihah ...............................
Marilah kita bersama-sama mendoakan keampunan dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar roh Allahyarham Pak Hitam sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh, Insyallah ...... Al-Fatihah ...............................
No comments:
Post a Comment