21.09.2012, Jumaat - Hari ini lepas balik daripada appointment dengan Dr. Vijey di Assunta Hospital Syah terus ke Masjid Negara untuk Solat Jumaat. Syah solat kat sini coz senang untuk Syah balik ke Rawang naik KTM kat Stesyen KTM Kuala Lumpur. Kalau nak terus balik Rawang nampak gayanya tak solat Jumaatlah coz masa tu sudah jam duabelas tengahari. Macam biasa Syah beli makanan dan kemudiannya akan ke Makam Pahlawan dan on the way tu nampak ada hamparan karpet merah dan ada kerusi sebuah dalam dewan solat utama dan Sahlah Yang di-Pertuan Agong akan Solat Jumaat kat sini coz Tuanku Solat duduk. Bertuah dapat melihat Tuanku lagi di Masjid Negara hari nie. Macam biasa selepas solat, Tuanku akan bersalaman dengan para hadirin yang beratur panjang dan tidak mahu melepaskan peluang berjabat tangan dengan Tuanku Abdul Halim. Ini adalah salah satu gambar yang Syah ambil petang tadi di Masjid Negara.
Kelihatan Tuanku memakai pakaian rasmi Tentera dan memang ramai anggota ATM bersolat di Masjid Negara hari ini. Khutbah Jumaat pun dibacakan oleh seorang anggota tentera dan tajuknya juga berkisar mengenai ketenteraan iaitu ANGKATAN TENTERA MALAYSIA: KOMITMEN KAMI, KEYAKINAN ANDA. By the way dalam masa yang sama Tun Dr. Mahathir juga turut bersolat disini dan kelihatan jemaah dari dalam dan luar negara mengerumuni Tun serta bersalam dan mengambil gambar bersama Tun. Anggota-anggota ATMpun tidak melepaskan peluang bersalaman dan bergambar bersama Tun. Maklumlah sekarang nie nak ambil gambar memang senang dan mudah, tak payah bawa kamera pun? hanya guna handphone sahaja. Syah sempat salam dan cium tangan Tun.
No comments:
Post a Comment