Friday, September 7, 2012

Raja Chulalongkorn Melawat Terengganu

07.09.2012, Jumaat - Tahukah anda bahawa pada hari ini dalam tahun 1888, Raja Siam, Raja Chulalongkorn (Rama V) telah buat pertama kalinya mengadakan lawatan persahabatan ke Terengganu dan Tanah Melayu. Lawatan rasmi dua hari ini disertai oleh pembesar-pembesar dan pengiring-pengiring baginda dengan menaiki enam buah kapal laut. Baginda dan rombongan memasuki Terengganu melalui pelabuhan Kuala Terengganu.  Baginda dan rombongan telah disambut oleh Sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin III. Raja Muda Tengku Abbas dan para pembesar Terengganu.

Tetamu diraja telah diraikan dengan majlis santapan diraja dibalai khas yang disediakan disamaping pelbagai acara keraian lainnya dengan penuh warna warni.  Sebagai tanda penghormatan kepada rombongan diraja Siam, tembakan 21 das meram berkumandang diudara. Kedua-dua pemimpin bertukar-tukar cenderahati dan Raja Thailand telah berbesar hati mengurniakan pelbagai cenderahati kepada kerabat diraja serta para pembesar Terengganu. Rombongan diraja kemudiannya mengadakan lawatan ke Kampung Cina. Bermula daripada lawatan ini, hubungan Siam - Terengganu menjadi bertambah erat dimana Raja Chulalongkorn sekali lagi berkunjung ke Terengganu pada 1890.

Sumber :- Arkib Negara / wikipedia

No comments: