Tuesday, September 4, 2012

Sultan Brunei Mengadakan Perbincangan Dengan Perdana Menteri Malaysia

04.09.2012, Selasa - Hari ini Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien mengadakan perjumpaan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Brunei disambut oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak  pada jam 10:55hrs tadi sebelum mengadakan perbincangan empat mata dipejabat Perdana Menteri di Tingkat 5, Komplek Perdana Putra.  Tuanku Sultan Brunei berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam ke-16 yang diadakan selama dua hari bermula semalam.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra pada Sabtu lepas, perbincangan kali ini adalah untuk menilai kemajuan kerjasama yang sedang dijalankan dan mencari potensi baharu bagi mempertingkatkan perkongsian yang akan memberi manfaat bersama bagi rakyat  kedua-dua buah negara. Perundingan kali ini merupakan kemuncak dalam kalendar kedua-dua negara sebagai satu mekanisme bagi membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama dua hala, serantau dan antrabangsa.

Pada perbincangan kali ke-15 tahun lepas yang berlangsung di Negara Brunei Darussalam pada 12.09.2011, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah menandatangani satu perjanjian dan tiga memorandum persefahaman.  Selepas mengadakan perbincangaan kedua-dua pemimpin negara dan rombongan menghadiri majlis jamuan makan tengahari yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana.

Sumber :- Bernama

No comments: