Saturday, September 8, 2012

Setiap Kali Hari Keputeraan Sultan Satu Kuala Kangsar Meriah

08.09.2012, Sabtu - Malam tadi Syah menonton My home town di C318 Astro dan nampak Raja Azmi Raja Sulaiman, produser filem dan bekas isteri jaguh badminton negara, Jailani Sidek berkongsi cerita mengenai kampung halamannya iaitu Kuala kangsar yang merupakan Bandar Diraja bagi Negeri Perak Darul Ridzuan. Menurut beliau satu perkara yang tak ada sekarang nie di Kuala kangsar adalah suasa meriah setiap tahun sempena Hari Keputeraan Sultan Perak sewaktu pemerintah Al-Marhum Paduka Seri Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Syah [Marhum Affifullah] Sultan Perak ke-33, Sultan Perak sebelum Tuanku Azlan sekarang ini.  

Menurut beliau setiap kali sambutan Hari Keputeraan Sultan, suasana di Kuala Kangsar begitu meriah sekali dimana akan diadakan pesta di Istana macam Funfair untuk semua golongan masyarakat dan segala permainan tu diberikan secara percuma. Makna kata satu Kuala kangsar akan berpesta sakan macam sambutan Hari Raya. Selain dari itu diadakan juga persembahan bunga api. Menurut beliau lagi, sekarang nie suasana seperti itu sudah tak ada lagi di Kuala Kangsar selepas kemangkatan Almarhum Sultan Idris.

Sumber :-  C318 Astro - My home town 

No comments: