29.09.2012, Sabtu - Hari ini Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman telah mengistiharkan perlantikan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar ibni Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja Johor selama ketiadaan Sultan dan Tunku Mahkota Johor didalam negeri Johor. Pengisytiharan dibacakan oleh Menteri Besar dalam istiadat pengisytiharan yang berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Baharu, Johor. Perlantikan ini adalah atas nasihat Jumaah Majlis Diraja mengikut Fasal 9 (1)(c) dan (3) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Walau bagaimanapun, apabila Tunku Mahkota Johor yang kini berada diluar negara kembali ke Johor pada 19 Oktober depan, baginda akan dilantik pula sebagai Pemangku Raja johor. Pengisytiharaan berhubung perkara ini juga dibuat dalam majlis yang sama hari ini.
Turut hadir dalam istiadat ini adalah Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Isteri kepada Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, anggota penasihat Jumaah Majlis Diraja, Setiausaha Kerajaan Johor, Dato' Obet Tawil dan barisan Exco kerajaan negeri.
Nota Tambahan :- 30.09.2012, Ahad - Mungkin ada yang terkeliru mengenai entry Syah diatas dan secara ringkasnya Tunku Temenggong Johor (TTJ) dilantik sebagai Pemangku Raja Johor kerana kekandanya Tengku Mahkota Johor (TMJ) juga tiada didalam negeri buat masa ini dan baginda (TMJ) akan kembali ke Johor semula pada 19 Oktober ini dan jawatan Pemangku Raja Johor yang disandang oleh TTJ akan diambilalih semula oleh TMJ pada tarikh berkenaan. Syah minta Maaf jika ada yang terkeliru dengan tulisan Syah.

Sumber :- Bernama
3 comments:
Kenapa tak bagi Tunku Ismail...Bukankah dia Tunku Mahkota
Tunku Mahkota Johor (TMJ) juga tiada dalam negeri Johor buat masa ini dan hanya kembali pada 19 Oktober 2012 nanti. Bila TMJ berangkat pulang semula ke Johor, baginda akan menjadi Pemangku Raja Johor.
Sebab itu adind baginda mengambil alih tugas berkenaan buat sementara waktu.
Post a Comment