Wednesday, September 26, 2012

Tuanku Muhriz Dianugerahkan DK Terengganu

26.09.2012, Rabu - Tahniah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama (DK) pada 24.09.2012 lepas. Darjah kebesaran ini disampaikan oleh wakil Sultan Terengganu dan juga merupakan adinda baginda, Tengku Sri Bendahara Raja, Tengku Mustafa Kamel ibni Almarhum Sultan Mahmud Almuktafi Billah Shah dalam satu majlis yang diadakan di Istana Besar Seri Menanti.

Rombongan Diraja Terengganu berangkat tiba di Istana Besar Seri Menanti jam 11:30 hrs dan disambut oleh putera Tuaku Muhriz, Tunku Zain Al-'Abidin. Rombongan Diraja Terengganu terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Mazlan Ngah, Ahli Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Tengku Bentara Raja Dato' Seri Tengku Ibrahim Hussain, Ketua Istiadat, Datuk Bentara Luar Dato' Omar Pilus dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Terengganu, Dato' Mohd.  Yasim Awang dan Dato' Wan Ahmad Fauzi Wan Husain.

Selepas istiadat persembahan darjah kebesaran ini selesai, para tetamu telah diraikan dalam satu majlis santapan tengahari di Dewan Santapan, Istana Besar Seri Menanti.

Sumber :- Utusan Malaysia

No comments: