Thursday, September 20, 2012

Istiadat Akad Nikah YTM PSPAP Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan YM Pengiran Haji Muhammad Ruzaini Akan Berlangsung Hari ini

20.09.2012, Khamis - Istiadat Berbedak Pengantin Diraja berjalan dengan penuh adat istiadat Diraja Brunei malam tadi di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam.  Hari ini pula lebih kurang jam 12:15 hrs nanti akan diadakan pula Istiadat Akad Nikah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannuya Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub.  Istiadat Akad Nikah akan berlangsung di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Ser Bagawan.  Istiadat Akad Nikah ini akan disiarkan secara langsung melalui Radio 90.4fm (Brunei) manakala siaran ulangan (rakaman) akan dapat disaksikan di TV Brunei malam esok pada jam 23:00hrs. Manakala malam ini pula akan diadakan ulang siar Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada jam 23:00hrs.  Sila semak jadual siaran RTB  jika ada sebarang pertukaran.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien merupakan sebuah masjid yang diiktiraf sebagai masjid yang terunik di Asia Pasifik serta menjadi tarikan pelancung dan merupakan mercutanda Brunei Darussalam.  Masjid yang siap dibina pada 1958 ini telah diberikan nama sempena nama Sultan Brunei ke-28 iaitu Sultan Omar 'Ali Saifuddien III. Masjid yang dibina dengan senibina moden Islam ini dibina dalam sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei.  Menaranya diperbuat daripada mamar dan kubah utamanya bersalut emas. Masjid ini dikelilingi taman, pokok-pokok dan pancutan air.  Bentuk "kalat" (tali tebal) yang menerapkan unsur tempatan boleh didapati pada tiang luar masjid. Terdapat Sebuah jambatan yang menghubungkan masjid dengan Kampong Ayer di tengah-tengah sungai Brunei. Sebuah barj buatan dibina di dalam lagun pada tahun 1967 bagi meraikan hari ulang tahun ke-1400 Nuzul Quran. Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran. Masjid ini terletak dalam kawasan seluar 5 ekar dan boleh menempatkan 3,000 orang jemaah dalam satu-satu masa.

Syah mendoakan agar Istiadat Akad Nikah diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannya Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan. Amin


Sumber :- Naning / Wikipedia

No comments: