09.09.2012, Ahad - Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam titahnya sempena majlis Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-47 di Mersing semalam memaklumkan bahawa projek pusat peranginan mega Laguna Mersing terbatal dengan sendirinya berikutan kegagalan pihak pemaju memenuhi syarat asa perjanjian projek berkenaan. Projek bernilai RM22 Billion ini terbatal apabila pihak pemaju induk, Radiant Starfish Development Berhad didapati gagal meningkatkan modal berbayar sebanyak RM200 juta dalam masa enam bulan sepertimana yang terkandung dalam perjanjian yang ditandatangani pada 25.02.2012 diantara syarikat berkenaan dengan Kerajaan Negeri Johor. Pada 14 April lepas, Tuanku Sultan Johor sendiri merasmikan majlis pecah tanah projek berkenaan. Sehubungan dengan itu, Tuanku Sultan Johor menasihatkan pihak Kerajaan Negeri agar lebih berhati-hati apabila menerima cadangan pembangunan dan menilainya dengan teliti agar pemaju yang benar-benar komited dan berkemampuan sahaja diberikan projek berkenaan
Diantara Titah Baginda :-
- Namun sehingga hari ini setelah tamat tempoh enam bulan, pihak pemaju masih gagal untuk memenuhi syarat asas tersebut. Ekoran kegagalan tersebut, maka projek ini dengan sendirinya adalah terbatal.
- Sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba menegguk di air keruh dengan mencari jalan mudah untuk mengaut keuntungan, maka pergilah ketempat lain kerana tiada tempat untuk orang seperti ini di negeri Johor.
Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak Starfish Development Berhad berhubung isu ini. Walau bagaimanapun Naib Presiden Hal Ehwal Korporat Starfish Development Berhad, En Kamaruddin Abdullah memaklumkan kepada Kosmo bahawa pihaknya masih belum bersedia mengeluarkan kenyatan berhubung perkara ini ekoran daripada kematian Ketua Pegawai Eksekutif nya, Allahyarham Ungku Safian Abdullah kelmarin akibat komplikasi kesihatan di Kuala Lumpur.
Pemaju induk projek ini adalah Radiant Starfish Development Berhad dengan kerjasama dua syarikat Cina, Sinohydro Corporation (M) Sdn Bhd dan Shengrong International Group Co. Limited serta YPJ Holdings Sdn Bhd dan CIMB Insurance Brokers Sdn Bhd. Projek ini bernilai RM22 billion dan dibangunkan diatas tanah seluas 809 hektar yang merangkumi 22 buah hotel, 4000 buah vila dan pangsapuri servis, kemudahan marina seperti pengkalan khas tempat kapal layar, bot persiaran berlabuh dan beberapa pusat komersial. Projek ini juga mempunyai tiga pulau buatan manusia dan hamparan pantai sepanjang 36 kilometer diantara Endau Rompin dan taman marin diluar pantai Mersing. Projek ini bermula pada Mac 2012 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019.
Sumber :- Kosmo
No comments:
Post a Comment