06.09.2012, Khamis - Shukur Alhamdulillah habis sudah Puasa Enam Syah hari ini dan Horeyyyyyyyyyy......Esok Hari Raya. Buka puasa macam biasa dan hari nie Syah buat Mee Sayur as usual cuma tambah ayam yang Syah beli minggu lepas tak habis dan disejuk bekukan. Rasa macam dah nak "busuk" tetapi boleh makan lagi lah. Hari nie ada Pasar Malam di Rawang Residence dan tak banyak gerai buka............. apalah depa nie raya lagi ker ?........... dan Syah sempat beli putu piring dan kat pekan tadi beli kuih ketayap. Buka puasa tadi buat Soya Cincau dan makan kurma, lepas Solat baru Syah masak. Kenyang makan putu piring dan kuih tu. hari nie Syah balik awal jam 17:00hrs, kalau tak lepas berbuka jawapnya sampai.
Anda bagai mana dah Puasa Enam ? Jika ada kelapangan buatlah Puasa Enam dan sekalikan dengan Puasa Sunat Isnin & Khamis. Pada kaum hawa pula, ganti dahulu puasa anda kemudian buat Puasa Enam. Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)
Mudah sahaja untuk melakukan Puasa Enam ini dan yang afdal atau terbaik adalah secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut dan dibuat berselang seli dan yang penting digenapkan selama enam hari dalam bulan Syawal sahaja. Sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.
Syah ambil masa dua minggu untuk habiskan Puasa Enam ini bermula Isnin minggu lepas, Khamis dan Sabtu. Lepas tu sambung pula pada Isnin dan Selasa, masa nie Syah cuti dua hari dan terakhir hari ini Khamis. Ok lah Syah nak rehat sebentar, sehingga berjumpa lagi dilain Entry. By the way hari nie tak ada gambar coz kamera tertinggal kat office dan sudah minta member Syah, Rohizad simpankan.... Biasalah Syah nie pelupa.
No comments:
Post a Comment