Tuesday, September 11, 2012

Pengawal Peribadi Kerabat Diraja Johor Didapati Bersalah Ugut Kontraktor Didenda Mahkamah Majistret Johor Baharu

11.09.2012, Selasa - Seorang pengawal peribadi kerabat diraja Johor, Ahmad Asri Mohd. Redzuan berusia 35 tahun dan masih bujang telah didapat bersalah oleh Mahkamah Majistret Johor Baharu semalam atas pertuduhan didakwa melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap seorang kontraktor, Zainal Awang berusia 53 tahun ditempat letak kereta Perling Mall, Johor Baharu, Johor diantara pukul 3 hingga 4 petang pada 21 September 2012.   Beliau telah mengugut  Zainal untuk mendedahkan hubungan sulit Zainal dengan wanita lain kepada keluarga Zainal dan mendorong Zainal menyerahkan dua keping cek berjumlah RM40,000.00.  Sehubungan dengan itu, Ahmad Asri telah didakwa mengikut seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan. 

Setelah hampir dua tahun kes berjalan, semalam Majistret Noor Aisyah Ahmad telah memerintahkan agar Ahmad Asri membayar denda sebanyak RM10,000.00 kepada Mahkamah dan RM40,000.00 kepada En Zainal sebagai pampasan. Majistret Noor Aisyah juga memerintahkan Ahmad Asri dipenjara masing-masing 36 bulan dan lapan bulan sekiranya gagal membayar denda kepada mahkamah dan pampasan kepada mangsa.  Keputusan telah dibuat setelah Majistret Noor Aisyah berpuashati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah. Seksyen 426 Kanun Acara Jenayah telah digunakan untuk mengarahkan Ahmad Asri membayar wang pampasan berkenaan.

Majistret Noor Aisyah Ahmad juga telah menolak permohonan peguam kepada Ahmad Asri, Roy Angau Anak Gingkoi yang telah membuat permohonan kepada mahkamah mengurangkan denda dan menanguhkan perlaksanaan hukuman.

Sumber :- Kosmo

No comments: