28.09.2012, Jumaat- Hari ini Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan menghadiri majlis pelancaran Program Iqra di Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana Nasir di Seri Menanti. Turut serta dalam majlis ini adalah Pengasas Yayasan Sofa Dato' Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin, Exco Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan Dato' Shamsul Kahar Mohd Deli dan Pengerusi Telekom Malaysia Berhad atau TM Datuk Dr. Halim Shafie. Progran Iqra merupakan program usahasama diantara Yayasan TM dan Yayasan Sofa. Memang lately Yayasan TM busy buat preparation untuk majlis nie. Khamis hari tu Syah ke Yayasan TM tetapi semuanya berada di Seri Menanti untuk program nie dan hanya tinggal seorang staf sahaja standby, Kiranya "tutup kedai" lah mereka since Khamis lepas. My boss Saiful dan Abang Talibpun ke Seri Menanti untuk program nie.
No comments:
Post a Comment