07.09.2012, Jumaat - Salam dan apa khabar semua dan Syah berharap agar anda semua dalam keadaan sihat hendaknya. Ini gambar Syah pagi tadi dioffice dan syah minta member Syah Noni ambilkan gambar nie kerana kebetulan dia masa tu hendak ke bilik air. Perjalanan pagi tadi ada problem sedikit kerana bas lambat coz driver biasa cuti. Supaya tak lambat, Syah naik ETS jam 07:10hrs dan sempat sampai hampir jam 08:30hrs. Actually setiap hari Jumaat TM benarkan kami pakai jeans dan kemeja T (berkolar) - Smart Casual. Pagi tadi selepas hantar payment ke PCKV di Annexe 2, Syah jumpa Dr. Yanti di Pusat Perubatan Menara kerana nak settlekan form Insuran (bengang jer dengan insuran Prudential BSN nie) dan dalam waktu yang sama minta Dr lihat mata kanan syah yang bengkak kelopak sebelah atas.
Semalam Dr Rasol minta Syah datang lewat sedikit untuk berjumpa Dr Yanti berhubung urusan mengisi form tu sebab katanya waktu tu patient tak ramai. Syah sampai jam 11:30hrs dan hampir jam duabelas lebih baru dapat masuk. Selepas isi borang tu dr periksa mata Syah dan sambil berlawak Dr Yanti kata intai siapa sambil ketawa. Mata Syah macam ada ketumbit. Dr dah bagi antibiotic dan ubat sapu. Ada masanya kelopak mata tu rasa sakit bila Syah kedipkan mata dan ada masanya rasa macam gatal. Ada ada jew kan/ Heheheheh dugaan .........dugaan ................dugaan............
selepas selesai urusan dengan doktor, Syah turun semula ke tingkat 10, TM Annexe 2 untuk ambil dokumen payment yang Syah tinggalkan dikaunter kerana Syah hendak kekelinik dulu takut lambat dan dokumen Syah tu memang banyak gila dan take time nak diuruskan. sebab itu Syah naik ke kelinak di tingkat 26 tu sekejap. hari nie Syah Solat Jumaat di Masjid negara dan macam biasa ziarah ke makan. By the way, inilah dia kubur Allahyarham Tan Sri Hamzah .Abu Samah yang meninggal dunia kerana sakit tua dalam usia 88 tahun dikediamannya di Staffield Country Resort, Mantin, Negeri Sembilan. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 15:30hrs 04.09.2012 dan dikebumikan pada keesokan harinya dengan diberi penghormatan negara dan disemadikan di Makam Pahlawan, masjid Negara.
Marilah kita bersama-sama mendoakan keampunan dan menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh, Insyallah ...... Al-Fatihah ............................... Selepas solat Syah beli kismis dan badam sebelum beredar semula balik kepejabat. Hari nie TM habis kerja jam 17:00hrs kecuali hari lain jam lima setengah. Esok dan lusa kami memang tak kerja. Ok lah sehingga berjumpa lagi dilain Entry ................ byeeeeeeeee
No comments:
Post a Comment