Sunday, January 23, 2011

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Akazul Khairi Waddien

Yang Teramat Mulia
Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor Ehsani binti Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Akazul Khairi Waddien

23.01.2011, Ahad - Tahukah anda siapakah gerangannya wanita berkenaan dan dari segi gelaran namanya tentu anda dapat mengagak iannya adalah Kerabat Diraja Brunei Darussalam. Tekaan anda memang tepat. YTM merupakan Puteri Sultan Brunei dan YTM juga merupakan Kerabat Diraja Selangor disebelah bondanya. Seperkara yang perlu anda tahu mengenai YTM adalah :-
  • YTM berusia 76 tahun, diputerikan pada 15.10.1935 di Bandar Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan. Menerima Darjah Kebesaran Brunei, D.K. II pada 12.10.1963. Sewaktu Paduka Almarhum Ayahandanya mangkat, YTM baru berusia 15 tahun dan telah berangkat pulang ke Selangor bersama bondanya. Sekarang YTM menetap di Brunei dan sering terlibat dalam istiadat/upacara rasmi di Brunei.
  • YTM merupakan cucunda kepada Sultan Selangor Ke-5, DYMM Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah dan Che Puan Anjung Negara @ Cik Maimon Abdullah. YTM juga merupakan sepupu kepada Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah, bonda kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Syah Alhaj. Sehubungan dengan itu YTM merupakan Bonda Saudara Sepupu Sultan Selangor sekarang.
  • YTM merupakan satu-satunya Puteri Gahara daripada empat orang puteri Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin, Sultan Brunei Ke-27 tetapi tidak layak untuk menggantikan Paduka Ayahandanya mengikut adat istiadat diraja Brunei. Disebabkan kesemua anakanda Sultan Ahmad adalah perempuan, maka individu kedua yang layak menjadi Sultan adalah adinda gahara lelaki Almarhum Sultan atau Pengiran Bendahara. YTM Paduka Seri Duli Pengiran Bendahara Pengiran Muda Tengah Omar Ali Saifuddin telah ditabalkan sebagai Sultan Brunei Ke-28 menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda YTM yang mangkat pada tahun 1950 dengan gelaran Sultan Omar 'Ali Saifuddien III dan kemudiannya turun tahta dengan gelaran Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan digantikan oleh anakandanya iaitu Sultan Brunei sekarang, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
  • YTM telah berkahwin dengan Tengku Pengiran bin Tengku Abdul Aziz yang merupakan sepupu YTM sendiri iaitu anak kepada Tengku Indera Setia DiRaja Selangor, Tengku Abdul Aziz ibni Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah. Hasil daripada perkahwinan ini YTM telah dikurniakan dengan tiga orang cahayamata iaitu Tengku Putera Muhammad Fawzy, Tengku Putera Amir Farouk and Tengku Putera Muhammad Harris Fadizllah.

4 comments:

Anonymous said...

Salam MBS, boleh tak dapatkan info more on YTM Tengku Puteri Noor Ehsan...memang sangat perlu untuk hubungi YTM berkenaan tanah YTM di Klang yang hampir hendak dilelong....

Saya Pegawai Undang-Undang di Majlis Perbandaran Klang... 33758026

Anonymous said...

Salam Anonymous, ada beberapa orang pegawai undang-undang di MPK, saudara ini yang mana satukah untuk dihubungi? Saya mungkin boleh sampaikan pesanan kepada anakanda YTM Tengku Puteri.
-Anonymous2

Anonymous said...

Kalau saya tidak silap, gelaran di Raja Brunei untuk anak2nya adalah 'Pengiran Anak' walaupun suaminya bukan asal keluarga di Raja Brunei. Ini disebabkan YTM sendiri adalah seorang puteri Sultan Brunei. Contohnya, Pengiran Anak Tengku Fadhi.

Anonymous said...

Salam tengku,

Saya nak berhubung dengan Tengku.Sekiranya tidak keberatan.

shlook77@yahoo.co.uk

Terima kasih