Tuesday, January 4, 2011

Cuti Bersalin 105 Hari Mulai 2011 - 04.01.2010

Jangan terkejut dan salah anggap pula yer Kakak-Kakak dan Adik-Adik semua kerana mulai tahun ini cuti bersalin bagi penjawat awam adalah selama 105 hari tetapi bukan di Malaysia ianya di Brunei Darussalam. Semalam 03.01.2010 Sultan Brunei, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah menitahkan bahawa semua pegawai dan kakitangan perempuan dalam Perkhidmatan Awam yang sah berkahwin di sisi Undang-undang Negara Brunei Darussalam layak mendapat cuti beranak di bawah Peraturan Cuti Beranak 2011. Cuti bersalin ini berkuatkuasa mulai 01 Januari 2011 dimana kakitangan terlibat diberikan cuti bersalin selama 15 minggu bersamaan 105 hari dan iannya mesti diambil dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin.

Cuti berkenaan hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan perlu dihabiskan didalam negeri sahaja kecuali kes-kes yang tidak dapat dielakkan. Pekerja akan dibayar gaji cuti bersalin penuh bagi perkhidmatan yang melebihi 180 hari, manakala setengah bayaran gaji bagi perkhidmatan 90 hari hingga 180 hari dan tanpa gaji bagi perkhidmatan kurang dari 90 hari.. Bagi kes keguguran atau kematian anak dalam kandungan pula, jika keguguran itu kurang dari 24 minggu, kakitangan akan diberikan Cuti Sakit. Jika melibatkan kematian anak dalam kandungan lebih dari 24 minggu, kakitangan akan diberikan cuti bersalin selama lapan minggu saja

No comments: