Saturday, January 15, 2011

Ziarah Ke Makam DiRaja Selangor

15.01.2011, Sabtu - Pagi tadi Syah ke Bandar Diraja Klang untuk menziarahi Makam Diraja Selangor. Ini adalah kali ketiga Syah ke kawasan permakaman ini. Tidak banyak perubahan kecuali ada beberapa makam kerabat diraja yang telah dibaikpulih semula. Jam 10:00hrs Syah bertolak ke Klang menggunakan bas Sernas Berhad dengan tambang RM3.50. Samapai dibandar Klang jam 10:40hrs dan bertolak ke Kampung Jawa dengan bas mini jam 10:58hrs dengan kadar tambang RM1.00. Syah sampai ke Makam Diraja jam 11:20hrs. Syah habiskan masa lebih kurang satu jam di Makam. Komplek makam terbahagi kepada dua. Bersebelahan pintu masuk merupakan Komplek Makam untuk Tengku-Tengku Ampuan Selangor dan mana-mana kerabat diraja Selangor yang mempunyai gelaran Tengku Ampuan/Raja Perempuan. Manakala berhadapan pintu masuk pula merupakan Makam Almarhum Sultan-Sultan Selangor. Makam untuk kerabat yang lainnya berada bersebelah komplek permakaman.

Almarhum Sultan-Sultan Selangor yang dimakamkan disini adalah :-

  • Almarhum Sultan Alaidin Sulaiman Shah
  • Almarhum Sulan Musa Ghiatuddin Riayat Shah
  • Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah
  • Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Almarhumah Tengku-Tengku Ampuan, diantaranya

  • Almarhumah Tengku Ampuan Rahimah bt Almarhum Sultan Abdul Aziz (Langkat)
  • Almarhumah Tengku Ampuan Raihani bt Almarhum Sultan Alaidin Sulaiman Shah, Tengku Ampuan Brunei Darussalam
  • Almarhumah Tengku Besar Maryam bt Almarhum Raja Ahmad
  • Almarhumah Tengku Ampuan Jema'ah bt Almarhum Raja Ahmad
  • Almarhumah Tengku Puteri Zaharah bt Almarhum Sultan Alaidin Sulaiman Shah, Tengku Permaisuri Langkat
  • Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah bt Almarhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Perak)

Didalam Komplek Makam Tengku-Tengku Ampuan ini juga telah dikhaskan untuk dua orang puteri Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah iaitu YMM Tengku Ampuan Bariah yang merupakan Mantan Tengku Ampuan Terengganu dan YTM Tunku Hajjah Raudziah, Raja Puan Muda Kedah Darul Aman. Walau bagaimanapun Syah tidak pasti samada YAM Permaiuri Siti Aishah, Balu kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Bonda Tiri DYMM Sultan Sharfuddin Idris Shah, Sultan Selangor sekarang disenaraikan namanya didalam komplek permakaman dirja Selangor ini.

Didalam komplek Makam Tengku Ampuan terdapat 3 petak kosong dimana dua daripadanya telah dikhaskan untuk anakanda Marhum Hishamuddin manakala di komplek Makam Sultan terdapat satu petak kosong lagi. Kawasan diluar kompleks permakaman memang banyak kosong terutamanya dibahagian sebelah bawah bukit. Untuk pengetahuan anda terdapat satu lagi Makam Diraja Selangor yang baru telah dibina di Shah Alam berhampiran Masjid Negeri.

No comments: