Tuesday, January 25, 2011

Pekerja Istana Anak Bukit Meninggal Dunia

25.01.2011, Selasa - Seorang Pekerja Rendah Am Istana Anak Bukit, Encik Roslan Hashim berumur 52 tahun meninggal dunia awal pagi tadi dipercayai terbabas kedalam taliair berhampiran kawasan Jalan Hutan Kampung, Alor Star, Kedah. Syah menelefon pejabat Tuanku Sultan Kedah untuk bertanya mengenai kejadian ini dan diminta menghubungi sahabat Allahyarham, Che Mat untuk mengetahui berita lanjut berhubung kematian Allahyarham. Menurut Che Mat berita kemalangan itu diterima daripada kawannya Encik Nazri yang hendak ke bendang. Beliau kemudiannya bergesas ketempat kejadian dan menyaksikan motosikal dan Allahyarham sendiri berada didalam taliair berkenaan. Allahyarham telah meninggal dunia ditempat kejadian. Setelah pihak polis melakukan siasatan, jenazah dibawa dengan ambulan ke hospital untuk bedah siasat.

Menurut Che Mat Jenazah dikeluarkan dari hospital lebih kurang jam 14:00hrs dan telah dimandi dan dikafankan oleh pihak hospital. Jenazah kemudiannya dibawa ke rumah Allahyarham di Taman Aman, Anak Bukit. Jam 15:00hrs tadi jenazah Allahyarham telah selamat disempurnakan di Tanah Perkuburan Seberang Pantai Johor, Pantai Johor, Alor Star, Kedah.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Ramlor Rejab berusia 50 tahun serta dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Menurut Che Mat, Allahyarham biasanya akan keluar awal pagi dari rumah untuk menghantar kuih jualan yang dibuat sendiri oleh isterinya ke Hospital Sultanah Bahiyah sebelum masuk bertugas di Istana jam 07:30hrs. Tiap-tiap hari itulah jalan yang biasa dilalui oleh Allahyarham.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Encik Roslan Hashim semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Amin. Kepada keluarga Allahyarham Syah berharap agar mereka bersabar dengan dugaan ini.

No comments: