Tuesday, January 25, 2011

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Gagal Dipinda

25.01.2011, Selasa - Cadangan Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat untuk meninda Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif di Selangor kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar berakhir dengan kegagalan apabila tidak mendapat sokongan 2/3 Ahli Dewan. Keputusan dibacakan oleh Speaker Dewan, Dato’ Teng Chang Khim dengan memaklumkan mengikut Perkara 96 Fasa 5 Bahagian 2 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, draft pindaan undang-undang itu tidak boleh dibacakan buat kali kedua dan ketiga. Dengan keputusan ini tiga jawatan pegawai tertinggi di negeri Selangor iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang adalah dibawah bidangkuasa kerajaan pusat. Sehubungan dengan itu jawatan penyandang Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dilantik, Dato’ Mohamed Khusrin Munawi yang dipertikaikan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah sah disisi undang-undang dan harus diterima oleh semua pihak. Ketua Pembangkang Selangor, Dato' Dr. Mohamad Satim Diman dalam kenyataannya memaklumkan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim harus mempercepatkan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia Dato' SUK yang baru secepat mungkin.

No comments: