Monday, January 17, 2011

Istiadat Menyembah Tahniah dan Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Ke-83 Tahun KDYMM Sultan Kedah

Kelihatan KDYMM Tuanku menyampaikan Anugerah Orang Besar Lapan yang membawa gelaran Dato' Seri Mahawangsa kepada Mantan MB Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid - Gambar Utusan Malaysia

17.01.2011, Isnin - Semalam (16.01.2011) sempena sambutan Hari Keputeraan Ke-83 Sultan Kedah Darul Aman, KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah satu Istiadat Menyembah Tahniah dan Pengurnian Darjah-Darjah dan Bintang-Bintang Kebesaran telah diadakan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit. Dalam istiadat ini KDYMM Tuanku telah berkenan menganugerahkan darjah kebesaran dan pingat kepada 83 orang penerima.

Dalam titahhya, Baginda berharap agar rakyat sentiasa berwaspada dan menolak sebarang percubaan pihak tertentu untuk melibatkan baginda dalam apa-apa isu yang berbangkit seperti yang berlaku dibeberapa tempat sekarang ini yang mengakibatkan perpecahan dikalangan masyarakat. Baginda menzahirkan rasa bershukur baginda kerana rakyat Kedah yang berbilang bangsa hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Baginda juga merakankan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan perancangan pembangunan sosioekonomi Negeri Kedah terutamanya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutan serta anggota-anggota keselamatan yang membantu rakyat Kedah menghadapi trajedi banjir pada November 2010 lepas.

No comments: