22.01.2011, Sabtu - Hari ini genaplah sudah setahun Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor Era Sejarah Moden Ke-4 meninggalkan kita semua. Pada tarikh 22 Jan 2010 bersamaan hari Jumaat, jam 19:15hrs Baginda mangkat di Hospital Pakar Puteri, Johor Baharu, Johor dalam usia 77 tahun setelah bertahta hampir tiga dekad memerintah Negeri Johor dan Jajahan Takluknya. Baginda meninggalkan seorang suri, Sultanah Zanariah serta 10 orang putera/puteri termasuk anak-anak hasil perkahwinan pertama baginda dengan YAM Enche' Besar Hajah Khalsom. Diputerakan oleh bondanya Almarhumah Sultanah Aminah di Istana Semayam, Johor Baharu pada tanggal 08.04.1932. Almarhum dimasyhurkan Sebagai Sultan Johor pada 11.03.1981 berikutan kemangkatan Paduka Ayahanda baginda. Pada 15.11.1984 baginda dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-8 untuk tempoh lima tahun.
No comments:
Post a Comment