Monday, October 3, 2011

Ziarah Ke Makam Almarhumah YMM Paduka Bonda Raja Selangor

03.10.2011, Isnin - Kebetulan semalam Syah berada di Shah Alam dan minta anak saudara Syah Mamat hantar Syah ke Makam Diraja Shah Alam yang terletak berhampiran Masjid Negeri. Dah lama Syah teringin ziarah ke Makam YMM Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah yang mangkat pada 31.05.2011 lepas dalam usia 88 tahun. Tetapi Syah tak punya kesempatan dan bertuah sungguh rasanya petang semalam Syah dapat juga akhirnya sampai kesini. Semasa Syah sedang membacakan Al-fatihah, penjaga makam Pak Abu atau lebih dikenali sebagai Abu Makam Diraja masuk kedalam kawasan bangunan permakaman dan sempat bersembang dengan beliau sebelum kami meninggalkan kawasan makam. Al-Fatihah kepada Almarhumah YMM Paduka Bonda Raja Selangor Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah. Semuga Rohnya ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Entry terdahulu Syah berhubung Almarhumah :-





No comments: